Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Disisih bagai antah.

Bermaksud :

Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PINTAIL

Pintail ialah itik air tawar yang berekor panjang.

Ia terdapat di seluruh Hemisfera Utara dan

bertebaran lebih banyak di dunia daripada lain-lain

jenis unggas air. Di Amerika Utara, banyak pintail

bersarang di Alaska dan Wilayah Yukon.

Sesetengahnya terbang ke timur Siberia di Asia

untuk bersarang dan kemudian kembali ke

Amerika Utara pada musim sejuk.

UMUM 
MISIL BERPANDU

Misil berpandu ialah senjata terbang bak bom

yang dipandu ke sasarannya. Sesetengah misil

berpandu adalah pandu sendiri. Ia dilengkapi

komputer dan alat khas yang lain yang

memandunya. Sesetengah misil ini boleh juga

mengejar dan memusnahkan sasaran yang sedang

bergerak seperti kapal terbang atau peluru lain.

Peluru berpandu lain terbang dengan kawalan

manusia, walaupun ia tidak membawa juruterbang.

Ia mengikut arahan yang dihantar melalui radio

daripada pengawal yang mungkin berada jauh.

UMUM 
TEMBIKAR

Tembikar atau barang tembikar ialah sejenis

barang hiasan berguna yang dibuat daripada tanah

liat bakar. Ia terdiri daripada karya seni yang

bernilai yang dicipta oleh pembuat tembikar

profesional hingga kepada tempat abuk rokok dan

lain-lain benda mudah yang dibuat oleh pembuat

tembikar amatur. Di samping itu, barang tembikar

termasuk juga set makan malam, vas, dan lain-lain

barang rumah. Kilang yang membuat tembikar

dinamakan kilang tembikar.

UMUM 
PROSES PENGAPUNGAN

Proses pengapungan digunakan untuk

memisahkan mineral yang berharga daripada satu

sama lain atau daripada mineral lain yang

bercampur dengannya. Melalui proses ini, bahan

yang mengandungi mineral pada mulanya

dihancurkan dan dikisar menjadi serbuk. Ia

kemudiannya dimasukkan ke dalam tangki yang

dinamakan sel pengapungan yang mengandungi air

dan bahan kimia tertentu yang dinamakan reagen

pengapungan . Bahan kimia ini membentuk lapisan

penolak air di sekeliling zarah satu daripada

mineral, tetapi tidak di sekeliling mineral yang lain.

UMUM 
RASISME

Rasisme ialah kepercayaan bahawa manusia

boleh dibahagikan menurut ras dan anggota,

sesetengah ras berkedudukan lebih rendah

daripada anggota ras yang lain. Biasanya sikap ini

melibatkan kepercayaan bahawa ras sendiri adalah

lebih mulia daripada ras lain. Orang yang percaya

atau mengamalkan rasisme dikenali sebagai

penganut faham rasisme atau rasis. Rasis

mendakwa bahawa anggota ras mereka sendiri

adalah lebih baik dari segi mental, fizikal, moral

atau kebudayaan berbanding dengan ras lain. Oleh

sebab mereka mengandaikan bahawa mereka

adalah lebih baik, mereka percaya bahawa mereka

berhak mendapat hak istimewa.

UMUM 
TENGKORAK

Tengkorak ialah rangka bertulang bagi kepala

manusia dan lain-lain haiwan bertulang belakang. Ia

adalah tempurung daripada tulang yang di dalamnya

terkandung otak, dan tulang yang membentuk muka.

Tengkorak manusia mempunyai 22 tulang.

UMUM 
TELEPATI

Telepati ialah komunikasi fikiran, perasaan, atau

pengetahuan daripada seseorang kepada seseorang

yang lain tanpa menggunakan sebarang deria biasa

seperti pendengaran, penglihatan, bau, rasa, atau

sentuhan. Kadangkala telepati dikenali sebagai

pembacaan fikiran atau penghantaran fikiran. Telepati

boleh berlaku misalnya jika seseorang memikirkan

sesuatu yang khusus dan orang lain dapat

menyatakan atau menulisnya dengan tepat.

Bagaimanapun, untuk menunjukkan adanya telepati,

perlakuan tadi hendaklah diulang dan tidak boleh

diterangkan dengan cara yang lain.

UMUM 
RESIT

Resit ialah pernyataan bertulis tentang

pembayaran yang dilakukan oleh seseorang

kepada seseorang yang lain. Resit juga adalah

pernyataan bertulis yang menjelaskan barang-barang

atau harta yang dipindahkan daripada

pemilikan atau tanggungan seseorang kepada

seseorang yang lain. Resit ialah bukti bahawa

sesuatu urus niaga telah dijalankan. Ada tiga

jenis resit, iaitu resit penuh, resit sebahagian

(apabila sebahagian daripada jumlah penuh

dijelaskan), dan resit untuk akaun tertentu .

UMUM 
ASETON

Aseton ialah bahan kimia industri yang penting.

Kegunaan utamanya ialah dalam pembuatan

sebatian lain. Pengeluaran aseton secara

komersial dibuat daripada isopropil alkohol,

dengan menggunakan pemangkin seperti loyang

atau tembaga. Jagung dan lain-lain bahan berkanji

juga merupakan sumber aseton. Untuk

mendapatkan aseton, bahan ini ditapai dengan

bakteria khusus kemudian disuling.

UMUM 
KAYU

Kayu ialah bahan yang keras di bawah kulit

pokok, pokok renek dan lain-lain tumbuhan

tertentu. Sifat-sifat fizikal kayu, berserta komposisi

kimianya menjadikannya satu daripada sumber

semula jadi yang paling bernilai.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas