Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Disisih bagai antah.

Bermaksud :

Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.

 

Lihat selanjutnya...(62)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penukaran(conversion)1. Penggunaan kaedah pemprosesan yang lain daripada yang sedia ada. 2. Pengubahan bentuk perwakilan data atau maklumat sedia ada kepada bentuk perwakilan yang lain.Kamus Komputer
benih1. biji daripada buah kecil (seperti padi dan lain-lain) yang akan ditanam, bibit: padi yang baik itu disimpan untuk dijadikan benih; 2. benda yang akan menjadi benda hidup (tumbuh): sperma atau benih jantan; benih cacar; 3. punca, sumber: pelajaran ialah benih kemajuan; 4. keturunan daripada: benih orang bangsawan; 5. sesuatu (perasaan, keadaan, dan lain-lain) yang baru mula wujud atau timbul dan mempunyai kemungkinan untuk berkembang dan sebagainya, bibit: benih kemesraan; benih yang baik tak memilih tanah = jika asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau prb orang yang berketurunan baik ke mana pun perginya akan baik juga jadinya; asal ditugal adalah benih prb tidak usah disusahkan, tidak akan ada orang yang menolong dlm mengerjakan pekerjaan yang baik;Kamus Dewan Edisi Keempat
ralat gubahan(composition error)Ralat yang berpunca daripada percubaan pengguna menggubah kenyataan dalam bentuk yang lain daripada cara kenyataan tersebut seharusnya digunakan dalam atur cara.Kamus Komputer
ralat rencam(composite error)Ralat yang terbentuk akibat kandungan suruhan, atau kerana data yang diterima adalah lain daripada yang dijangka oleh pentafsir.Kamus Komputer
simpan sebagai(save as)Tindakan menyimpan fail yang sedang digunakan dengan nama dan sifat fail tertentu yang lain daripada nama asalnya.Kamus Komputer
binatangmakhluk yang bernyawa dan tidak berakal (seperti kucing, anjing, kuda, dan lain-lain), haiwan; binatang angkara binatang buas; binatang buruan binatang yang diburu (untuk dagingnya); binatang berdarah panas (Bio) binatang yang suhu badannya tetap; binatang berdarah sejuk (Bio) binatang yang suhu badannya berbeza daripada suhu persekitarannya; binatang dua alam binatang yang mula-mulanya hidup dlm air dan kemudiannya di darat (seperti katak dan lain-lain), amfibia; binatang hidup-hidupan binatang ternak; binatang kerip = binatang mengerip binatang yang mengerip (mempunyai gigi depan yang tajam), rodensia; binatang loceng binatang halus yang berbentuk loceng (vorticella); binatang lunak binatang yang berbadan lunak dan berkulit keras, moluska; binatang maging binatang yang makan daging, karnivor; binatang maserba binatang yang makan serba makanan, omnivor; binatang maun binatang yang makan tumbuhan, herbivor; binatang menceruh binatang yang memamah biak; binatang reptilia binatang berdarah sejuk yang merayap atau menjalar (seperti ular, buaya, dan lain-lain); binatang susu binatang yang menghasilkan susu; binatang ternak binatang yang diternak; binatang tahan palu, manusia tahan kias prb mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan (sindiran);Kamus Dewan Edisi Keempat
mod jawab(answer mode)Mod bagi peranti modem yang dapat menerima panggilan daripada modem yang lain.Kamus Komputer
hingar tabii(natural noise)Hingar yang berpunca daripada sumber semula jadi seperti statik, kilat, atau sumber-sumber lain yang boleh menyebabkan ralat pada data atau mengganggu kelicinan penghantaran data komputer.Kamus Komputer
cakap silang(cross talk)Isyarat daripada litar komunikasi data lain yang mengganggu litar komunikasi data yang sedang digunakan sehingga menyebabkan isyarat bertindih.Kamus Komputer
output terus(direct output)1. Maklumat atau data output yang diperoleh secara langsung daripada saluran penghantaran atau peranti output tanpa bantuan orang tengah atau peranti lain. 2. Data pemprosesan yang diambil terus daripada pemprosesan yang sedang berlangsung, bukan daripada simpanan pita atau cakera. Singkatan DO.Kamus Komputer
12345

Kembali ke atas