Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ju] | لاجو

Definisi : 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; bersilaju, berlaju-lajuan berdahulu-dahu­luan (perahu, kapal, dll), berlumba-lumba; melaju bergerak atau meluncur dgn laju: kapal angkasa itu terus ~ ke Musytari; melajukan 1. menjadikan laju (basikal, motokar, dll), mencepatkan: pemandu kereta itu ~ kereta sedikit demi sedikit; 2. ki men­cepatkan atau melancarkan sesuatu perun­dingan dll; memperlaju menjadikan lebih laju; kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll, ke­cepatan; pelajuan 1. perihal mencepatkan gerakan (benda, waktu, dll); 2. kadar bertambahnya kelajuan sesuatu dlm tempoh atau masa tertentu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : Ph berselera (utk makan), lalu: aku tak ~ makan hari ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ju] | لاجو

Definisi : 1 cepat atau pantas (bkn pergerakan kenderaan, perjalanan dll): Tak usahlah memandu kereta terlalu ~. 2 kadar laju; kecepatan dlm sesuatu pergerakan: Had ~ di jalan raya itu ialah 60 kilometer sejam. melaju menjadi laju (bkn pergerakan kenderaan dsb): Sampan kami ~ di atas air sungai yg deras itu. melajukan menjadikan laju (bkn pergerakan kenderaan dsb); mencepatkan: Rosnah ~ keretanya ketika lalu di tempat yg sunyi itu. memperlaju menggerakkan supaya lebih laju; mempercepat. kelajuan lajunya sesuatu gerakan dll; kecepatan; kepantasan. pelajuan perbuatan atau hal melajukan sesuatu gerakan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laju
Rujuk :pantas

Puisi
 

Laju-laju perahu laju,
     Laju mari sampai Kelebang;
Lipat kain lipat baju,
     Saya mahu ikut abang.


Lihat selanjutnya...(19)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
hingga 128 bit untuk menyulitkan blok data bersaiz 64 bit dalam 18 kitaran penyulitan. RC2 digunakan sebagai kaedah alternatif kepada algoritma DES untuk penyulitan umum dan hampir tiga kali lebih laju daripada DES. Algoritma RC4 pula ialah sifer alir yang menggunakan kekunci bersaiz antara 40 bit hingga 256 bit. Algoritma ini digunakan untuk SSL dan protokol penyulitan tanpa wayar WEP. algoritma berkenaan tidak mempunyai keupayaan pemprosesan selari, pelayan akan terbeban dengan tugas pencarian dan penjanaan kekunci penyulitan untuk setiap urus niaga. kadar jangkitan (Ig. rate of infection; Br. kadar jangkitan; Id. laju infeksi) Bilangan hos dalam rangkaian yang dijangkiti virus atau kod hasad bermula daripada titik masa permulaan jangkitan pertama hingga suatu tempoh tertentu. Pengiraan ini penting untuk mengukur kesan kerosakan daripada

Kembali ke atas