lakaran | lakaran | Kesenian | Tiada | Gambaran kasar pada kertas atau papan lapis yang biasanya dibuat sebelum mengukir. |
needle point lace | renda tuntung jarum | Kesenian | Tiada | Renda buatan tangan yang menggunakan benang linen atau kapas sebagai lakaran, kemudian lakaran itu digunting. Coraknya disudahkan dengan jahit lubang butang atau pikot. |
alencon lace | renda alenkon | Kesenian | Hiasan Dalaman | Renda buatan tangan yang dihasilkan menggunakan benang linen atau kapas sebagai lakaran sebelum lakaran itu digunting. Coraknya disudahkan dengan jahitan lubang butang atau pikot. Renda ini diperkenalkan sekitar tahun 1750 dan dihasilkan di Alencon, Perancis. |
thumbnail sketch | lakaran kecil | - | Tiada | Lakaran ringkas dalam reka bentuk awal. |
rough sketch | lakaran kasar | - | Tiada | Lakaran awal bahan grafik sebagai prototaip visual penuh pertama. |
marker sketch | lakaran penanda | Kesenian | Tiada | Lakaran yang menggunakan penanda. |
thumbnail sketch | lakaran kecil | Kesenian | Tiada | Lakaran yang kecil dan ringkas untuk mendapatkan sesuatu idea yang sesuai dalam membuat sesuatu reka bentuk. |
concept sketch | lakaran konsep | Kesenian | Tiada | Lakaran yang memaparkan konsep sesuatu reka bentuk. |
freehand sketch | lakaran bebas | Kesenian | Tiada | Lakaran yang dibuat secara bebas tanpa menggunakan pembaris, sesiku dan sebagainya. |
form sketch | lakaran bentukan | Kesenian | Tiada | Lakaran yang menggambarkan asas bentuk tiga dimensi. [bentukan] |