Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lai] | لالاي

Definisi : 1. tidak hirau akan kerja (tugas dll), lengah, tidak hati-hati: tidaklah dia ~ drpd mengerjakan kewajibannya hari-hari; 2. asyik akan sesuatu hingga lupa akan hal-hal lain, leka, lupa, tidak sedar: lalu masuklah gajah itu ke dlm kandang ~ dgn memakan pisang; berlalai-lalai 1. tidak mempedulikan, tidak mengambil berat; 2. sengaja melambat-lambat­kan, berlambat-lambat, berlengah-lengah; melalaikan tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; memperlalaikan 1. menyebabkan jadi lalai, membuat supaya lalai: utk ~nya, diberinya mainan kpd budak itu; 2. menangguhkan atau mengundurkan (sesuatu cadangan dll): ~ maksud; 3. menghiburkan hati, bersuka-suka: baiklah kuperlalaikan dan kusukakan hati­nya dgn barang daya upayaku;terlalai 1. tidak ingat (kpd kerja, tugas, dll), tidak dihiraukan, terbiar, terlupa; 2. tidak sedar lagi, nyedar: si anak itu pun ~lah dlm tidurnya; 3. terlambat, terlewat; 4. terhibur: sebentar aku ~ mendengarkan irama muzik yg memenuhi tempat itu; kelalaian 1. perihal lalai, kelengahan, ke­alpaan: tiada lain disebabkan ~ kita sendiri; 2. dlm keadaan lalai: adapun akan baginda itu sangatlah ~ memerintah negeri; sesungguh­nya engkau dlm ~ mengenai hal ini; ~ men­jemput pencuri prb kerana lalai maka selalu rugi; pelalaian ark perihal melalaikan; pelalai 1. orang yg lalai, pelengah; 2. sesuatu (jampi dll) utk melalaikan atau melekakan: jikalau begitu ada satu nyanyi supaya boleh membuat ~ berkayuh; hikmat ~ jampi utk melalaikan orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lai] | لالاي

Definisi : ; tali ~ sj tali utk memutar kayu palang tempat menggantung layar (di perahu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lai] | لالاي

Definisi : 1 tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu: Ketika memandu, janganlah ~, nanti berlanggar. 2 terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. berlalai-lalai 1 tidak memperhatikan; tidak menghiraukan. 2 berlengah-lengah dgn sengaja; berlambat-lambat. melalaikan 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. memperlalaikan 1 menyebabkan orang lain berlalai-lalai. 2 mengundurkan atau melewatkan sesuatu maksud (niat dsb). 3 menghibur hati. terlalai 1 tidak teringat akan kerja (tugas dll); terbiar. 2 tidak sedar lagi (spt tertidur); nyedar: Anaknya ~ di pangkuannya. kelalaian keadaan atau sifat lalai. pelalaian perihal atau perbuatan melalaikan. pelalai 1 orang yg lalai. 2 jampi atau ubat utk melalaikan atau utk melekakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lalai (adjektif)
Bersinonim dengan cuai, alpa, teledor, lepa, loleh, tengung, tenging, taufah, sahi, meling, lengai, deder, leler, kelipar, pangling, terpica, seleder, ayal;,
Kata Terbitan : berlalai-lalai, melalaikan, kelalaian,

Puisi
 

Sungai Balai jalan berhenti,
     Anak Cina melipat kain;
Adinda lalai boleh kunanti,
     Janganlah saja ke tempat lain.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Alpa negeri alah,
     sia-sia hutang tumbuh.

Bermaksud :

Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
negligentadj cuai, lalai: he was ~ of his duties, dia cuai dlm tugas-tugasnya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
neglectfuladj cuai, lalai, alpa: a lazy, ~ fellow, orang yg malas dan cuai; that was very ~ of you, cuai betul kamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slack 3. negligent, remiss, cuai, lalai: the woman is inclined to be ~ in her work, wanita itu cenderung menjadi cuai dlm kerjanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
inadvertentadj (fml) 1. inattentive, heedless, lalai; 2. unintentional, tdk sengaja.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
reproachvt menegur: she ~ed me for being careless, dia menegur saya krn lalai; he ~ed his wife with extravagance, dia menegur isterinya krn boros; ~ os, berasa kesal.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slang vt (UK), (colloq) memaki(-hamun): the motorist got out of the car and ~ed the pedestrian for being careless, pemandu itu keluar dr keretanya lalu memaki pejalan kaki tersebut krn lalai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
omitvt 1. leave out, (deliberately or accidentally) tdk memasukkan; (imper) tinggalkan: his name had been inadvertently ~ted from the list, namanya, secara tdk sengaja, tdk dimasukkan dlm senarai itu; you can ~ some of these details, kamu boleh tinggalkan sesetengah butir ini; 2. fail, (by mistake) lalai, terlupa; (deliberately) sengaja tdk [v]: he ~ted to inform the authorities of his absence, dia lalai memberitahu pihak berkuasa ttg ketidakhadirannya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
veryadv 1. extremely, sangat: he appeared to be ~ worried, dia kelihatan sangat risau; I’m ~ busy at present, saya sangat sibuk sekarang; it is ~ careless of you to leave it on the table, kamu memang lalai sangat, meninggalkannya di atas meja itu; this is a ~ interesting magazine, ini majalah yg sangat menarik; I feel ~ sleepy after a meal, saya berasa sangat mengantuk selepas makan; the old man walked ~ slowly, lelaki tua itu berjalan sangat lambat;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
neglectvt 1. fail to give care, attention to, mengabaikan, mencuaikan: some parents ~ their children, sesetengah ibu bapa mengabaikan anak-anak mereka; she ~ed her work to care for her ailing father, dia mengabaikan kerjanya krn menjaga bapanya yg uzur; 2. fail to do, terlupa; (to emphasize carelessness) lalai, cuai: he ~ed to call me back, dia terlupa menelefon saya semula; they ~ed to take proper safety precautions, mereka cuai mengambil langkah-langkah keselamatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas