Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lang] | لالڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumah­nya sudah mulai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark berjalan ke merata-rata tempat, mengembara; langlang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark; lalu-~; ®lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : nama sj rumput yg tinggi dan kasar, Imperata cylindrica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalang

Puisi
 

Sayang lalang berputih mata,
     Tujuh dian bertimbang besi;
Alangkah alang berpandang mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Bukan lalang ditiup anginDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1996983-62-5586-9
Bebunga lalangCreative EnterpriseTiada19939838930253
Bukan lalang ditiup anginDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1979 
Bulan tertusuk lalangBalai PustakaTiada1982 
Drama 'Bukan Lalang Ditiup Angin'Dewan Bahasa dan PustakaTiada1970 
Bukan legasi lalangUtusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Tiada2001967-61-1225-9
Drama Muzikal Bukan Lalang ditiup AnginDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada  
Bila padi menjadi lalangBuku MustTiada1980 
Drama musikal 'bukan lalang di tiup angin'Dewan Bahasa dan PustakaTiada  
Sekolah Kebangsaan Tanjung LalangDewan Bahasa dan PustakaTiada  
12

Kembali ke atas