Kurik Kundi Merah Saga | Bunga lalang berikat benang, Bungkus mari dengan kain; Rimau diam nampak senang, Jangan tepuk nak buat main. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahlah tahu lalang berbunga, Saja hari nak panjang juga; Sudah tahu orang punya, Saja hati nak sayang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sudahlah tahu lalang berbunga, Saja hari nak panjang juga; Sudah tahu orang punya, Saja hati nak sayang juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun. |
Kurik Kundi Merah Saga | Hari panas membakar lalang, Tedung berketuk di dalam tanah; Cincin emas sudahlah hilang, Tinggal sepasang cincin suasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Sarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Jemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk. |