Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lang] | لالڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumah­nya sudah mulai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark berjalan ke merata-rata tempat, mengembara; langlang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark; lalu-~; ®lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : nama sj rumput yg tinggi dan kasar, Imperata cylindrica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalang

Puisi
 

Sayang lalang berputih mata,
     Tujuh dian bertimbang besi;
Alangkah alang berpandang mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBunga lalang berikat benang, Bungkus mari dengan kain; Rimau diam nampak senang, Jangan tepuk nak buat main.
Kurik Kundi Merah SagaSayang lalang berputih mata, Tujuh dian bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali.
Kurik Kundi Merah SagaSudahlah tahu lalang berbunga, Saja hari nak panjang juga; Sudah tahu orang punya, Saja hati nak sayang juga.
Kurik Kundi Merah SagaSudahlah tahu lalang berbunga, Saja hari nak panjang juga; Sudah tahu orang punya, Saja hati nak sayang juga.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang.
Kurik Kundi Merah SagaKalau tumbuh lalang di Bucut, Tempat selamat bermain pedang; Kalau sungguh janji tak lucut, Bagi alamat saya nak pegang.
Kurik Kundi Merah SagaSakit kaki kena lalang, Kena pula di bayang dusun; Sakit hati kata dek orang, Kata pula di dalam pantun.
Kurik Kundi Merah SagaHari panas membakar lalang, Tedung berketuk di dalam tanah; Cincin emas sudahlah hilang, Tinggal sepasang cincin suasa.
Kurik Kundi Merah SagaSarang penyengat dilalang-lalang, Sarang tebuan di dalam padi; Jangan ingat orang yang hilang, Orang lain banyaklah lagi.
Kurik Kundi Merah SagaJemur padi padang lalang, Habis dimakan ayam denak; Abang menanti tengah malam, Habis belakang digigit nyamuk.
123

Kembali ke atas