Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.lang] | لالڠ

Definisi : sj tumbuhan (rumput yg tinggi), Imperata cylindrica (Imperata contracta); ~ yg terbakar, si carik menumpang mati prb mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain; di mana ~ habis, di situ api padam prb di mana mati di situ dikuburkan; padi ditanam tumbuh ~ prb perihal nasib yg malang; spt api memakan ~ yg kering, tiada dapat dipadamkan lagi prb kedatangan bahaya yg tidak dapat dihalang-halang lagi; tanam ~ takkan tumbuh padi prb perkara yg jahat akan dibalas dgn jahat juga; berlalang ditumbuhi lalang: halaman rumah­nya sudah mulai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark berjalan ke merata-rata tempat, mengembara; langlang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : ark; lalu-~; ®lalu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.lang] | لالڠ

Definisi : nama sj rumput yg tinggi dan kasar, Imperata cylindrica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lalang

Puisi
 

Sayang lalang berputih mata,
     Tujuh dian bertimbang besi;
Alangkah alang berpandang mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(24)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Tanam lalang tak akan tumbuh padi.Kejahatan yang diperbuat, kejahatan pula balasnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Di mana lalang habis, di situ api padam.Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai.Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengendap di balik lalang sehelai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mengendap di balik lalang sehelai.Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menyuruk [menyorok] di balik lalang sehelai, b. Menyuruk [menyorok] di balik lumbung).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Kena kecipak orang berbelut). sicerek = sebangsa tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyuruk (menyorok) di balik lumbung.Menyembunyikan sesuatu yang mudah diketahui orang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mengendap di balik lalang sehelai, b. Menyuruk (menyorok) di balik lalang sehelai).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Menyisip padi dengan lalang.Mencampurkan sesuatu yang buruk kepada yang baik, akhirnya yang baik itu jadi binasa.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Seperti api memakan lalang kering, tiada dapat dipadamkan lagi.Marabahaya yang tak dapat ditolak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tanam padi tumbuh lalang, ayam ditambat disambar elang.Nasib yang malang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berseleleran bagai getah di lalang.Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
123

Kembali ke atas