Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kamus (kata nama)
Bersinonim dengan tesaurus, leksikon, glosari, daftar, ensiklopedia.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kenderaan (bermundar-mandir @ berlalu-lalang @ berulang-alik @ jawaban lain) dari kampung itu ke pekan. Manakah kata majmuk yang paling sesuai bagi konteks ayat tersebut? Sila beri penjelasan. Terima kasih.

Menurut Kamus Dewan perkataan mundar-mandir dan berulang alik mempunyai satu makna yang sama, iaitu pergi dan balik berkali-kali. Namun, perkataan mundar-mandir lebih sesuai digunakan untuk orang. Manakala lalu-lalang pula bermaksud banyak kali lalu ( keluar masuk; tidak teratur; kacau bilau). Oleh itu, kata majmuk yang sesuai bagi konteks ayat ialah “ Kenderaaan berulang-alik dari kampung itu ke pekan.

Tatabahasa14.03.2018
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung.Istilah15.01.2010
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019

Kembali ke atas