Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.luan] | لالوان

Definisi : 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
laluan genting(critical path)Laluan dari titik mula sehingga titik tamat yang memakan masa paling lama berbanding dengan laluan lain dalam rangkaian kegiatan sistem kaedah laluan genting.Kamus Komputer
penghalaan ganti(alternate routing)Proses menukarkan laluan penghantaran data antara dua kedudukan yang berhubungan ke laluan lain apabila laluan biasa tidak dapat digunakan.Kamus Komputer
laluan1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
laluan(path)1. Jalan mengikut hierarki pohon susunan fail yang perlu dilalui untuk sampai ke fail. 2. Jalan dalam litar komunikasi yang perlu dilalui oleh isyarat untuk sampai ke pangkalan yang dituju.Kamus Komputer
laluan kad(card path)Laluan bagi kad bergerak dalam pembaca atau penebuk kad. Sinonim lorong kad.Kamus Komputer
berbilang laluan(multipass)Mengendalikan data, atau melewati laluan pemprosesan, yang sama berulang kali untuk melaksanakan tugas supaya lebih cekap dan menjimatkan, atau kerana proses itu terlalu rumit sehingga memerlukan pemprosesan yang lebih daripada sekali.Kamus Komputer
pintas(bypass)Laluan selari bagi satu unsur di dalam litar yang membolehkan isyarat terus bergerak walaupun laluan utama terhalang.Kamus Komputer
penjadualan laluan genting(critical path scheduling)1. Sistem pengawasan yang sentiasa menyemak keadaan keperluan pengaturcaraan sistem pengendalian komputer untuk mengelakkan kegelinciran. 2. Penjadualan yang dilakukan untuk mengurangkan masa laluan genting dalam sesuatu jadual projek.Kamus Komputer
orbit(Fiz) 1. laluan yg diikuti oleh sesuatu planet, satelit, dsb dlm pergerakannya menge­lilingi jasad cakerawala yg lain di bawah pengaruh graviti; ~ rendah orbit yg biasanya bulat, altitudnya kurang drpd 1000 km dan tempoh bergerak dlm orbit kira-kira 90 minit; 2. laluan elektron mengelilingi nukleus atom; mengorbit 1. bergerak mengikut peredaran orbit: tempoh ~ kira-kira 90 minit; 2. ki men­cari jalan memburu kejayaan (nama) dlm bidang tertentu: manusia hanya sekadar makhluk tidak bererti yg ~ dlm dunia yg maha luas.Kamus Dewan Edisi Keempat
jalan1. tempat lalu lintas (utk orang, ken­deraan, dll): belanja membuat ~; 2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya; jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7. Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat): se­lamat ~; ~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~ belakang a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak ber­sambung lagi; b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang (tiga, empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~ enam tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~ jajahan Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr sesuatu tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dll); ~ kereta api landasan kereta api; ~ masuk jalan utk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan; ~ mati jalan yg tidak digunakan lagi; ~ memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih pendek) yg merentasi atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas rongga tempat nafas keluar masuk; ~ pe­ngajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran; ~ raya jalan besar; ~ samping a) jalan kecil yg selari dgn jalan besar; b) jalan di tepi rumah; ~ sehala jalan yg boleh dilalui kenderaan yg bergerak satu hala sahaja; ~ serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b) niat jahat; c) perbuatan yg tidak baik; ~ simpangan jalan yg menyim­pang dr jalan besar; ~ simpang tiga (empat) jalan yg bersimpang tiga (empat); ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kompleks, kedai dsb; ~ tengah a) jalan yg ter­letak di tengah; b) keputusan (pendapat) yg diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yg berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan); ~ umum jalan utk semua orang dan ken­deraan; ~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang prb hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring bertukar ~ prb mem­punyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~ terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya; sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara se­ibu; berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3. berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku, terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~ selama tiga bulan; ~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~ kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong (ber­sikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakang prb tidak mengikut peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai; berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi; jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm per­jalanan; perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal ber­pergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran meng­halang ~ minyak itu; penjalan ark 1. (orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~ kereta kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; 2. orang yg suka berjalan; pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas