Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bai] | لمباي

Definisi : ; melambai, melambai-lambai 1. bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak; melambaikan, melambai-lambaikan meng­gerak-gerakkan turun naik (tangan, bendera, dll): dia ~ tangannya kpd Wahab; lambaian 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggil­an syaitan; pelambai; sepelambai ukuran jauh sejauh orang melambai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bai] | لمباي

Definisi : ; ~ gajah bahagian mata keris (yg terletak di bawah dagu keris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bai] | لمباي

Definisi : sj ikan laut, Siganus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bai] | لمباي

Definisi : ; melambai, melambai-lambai 1 menggerakkan tangan turun naik (utk memanggil, memberi isyarat dll): Siapa yg ~ di seberang jalan itu? 2 bergerak-gerak turun naik (bkn daun, bendera ditiup angin dll). melambaikan, melambai-lambaikan menggerak-gerakkan (tangan, sapu tangan dsb) turun naik. lambaian 1 gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2 gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambai
Kata Terbitan : melambai, melambai-lambai, lambaian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera Tuan/Puan, saya ingin bertanya bahawa apakah maksud lambai dalam lambai gajah yang merupakan nama bahagian keris? Adakah lambai gajah juga merujuk kepada salah satu bahagian badan gajah? Terima kasih.Ya. Lambai gajah ialah nama bahagian pada keris. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) memberikan takrif lambai gajah seperti yang berikut:

lambai gajah kata nama
bahagian pada mata keris yang tajam dan terletak di hujung belalai gajah di sebelah bawah ganja keris.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi tokoh-tokoh pandai besi di negara ini.
Makna01.10.2023
1. Adakah nama mata pelajaran perlu ditulis dengan huruf brsar? Contohnya Sains / Matematk / Bahasa Melayu. 2. Pokok kelapa berliang-liuk atau melambai-lambai ditiup angin? 3. "Apatah / Apalah dayaku yang lemah ini untuk melawannya" keluh lelaki itu. Terima kasih.Ya, mata pelajaran harus ditulis dengan huruf besar.

Bukan pokok kelapa tetapi daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin.  Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin.

Apatah dan apalah boleh digunakan untuk ayat ini.
 
Untuk makluman, kata penegas"-lah" ialah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Partikel "-lah" digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagiannya. 

Partikel  'tah' ialah partikel untuk menyatakan pertanyaan dan soalan kepada diri sendiri.
 
Jadi untuk ayat ini "apatah" agak lebih sesuai.
Lain-lain01.07.2014
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah? -Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin. A. terpontang-panting B. melambai-lambai 2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?1) Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ______ apabila ditiup angin.
 
B. melambai-lambai


2) Apakah jawapan yang paling TEPAT bagi soalan berdasarkan gambar di bawah?

Jawapan yang tepat ialah melayur.
Tatabahasa09.09.2013
pokok kelapa ----- dipukul tiupan angin. A liang liuk B huyunng hayang . saya nandhana memohon penjelasan.Untuk makluman, dalam konteks ayat tersebut, yang bergerak-gerak apabila ditiup anginnya pokok kelapa. Sebaliknya, daun kelapa. Perkataan yang paling sesuai ialah melambai-lambai. Contoh ayat: Daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Manakala, terhuyung-huyung pula bergerak-gerak (bergoyang-goyang dan sebagainya) ke kiri dan ke kanan (seperti orang mabuk dan sebagainya).Tatabahasa04.09.2015
Apakah jawapan yang sesuai untuk ayat ini? 1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk 2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan? 3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik.1. Layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu ____ apabila ditiup angin. a) terpontang-panting b) melambai-lambai c) bergegar-gegar d) meliang-liuk  jawapan= meliang liuk.

2. Bolehkah 'bagai lautan manusia' digunakan dalam karangan?
Jawapan = boleh

3. Perkataan "tuanku" bolehkah digunakan dalam karangan autobiografi. Cthnya : Tuanku menjaga aku dengan baik. 
Penggunaan perkataan tuanku khusus kepada percakapan seseorang dengan raja dan tidak merujuk kepada tuan yang empunya.
Tatabahasa28.08.2012
Assalam. Saya nak minta pencerahan tentang jawapan soalan di bawah : Layang-layang yang tersangkut pada pokok itu _______ apabila ditiup angin. A. terkontang-kanting B. bergoyang-goyang C. melambai-lambai D. meliang-liuk Terima kasih atas kerjasama.Waalaikumussalam...
Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud terkontang-kanting ialah terbuai-buai atau terayun-ayun (seperti barang yang tergantung pada tali yg panjang). Manakala bergoyang-goyang pula bermaksud tidak diam keadaannya atau sentiasa bergerak berayun-ayun. Bagi melambai-lambai pula bermaksud bergerak-gerak turun naik (tentang tangan). Maksud meliang-liuk pula ialah berliuk-liuk (api pelita ditiup angin dan lain-lain. Maka jawapan yang lebih tepat ialah terkontang-kanting.
Makna28.06.2016
Apakah istilah yang digunakan untuk pergerakkan orang yang sedang lemas dalam air( berusaha untuk menyelamatkan diri ). Adakah perkataan terkapai-kapai sesuai digunakan?terkapai-kapai - berusaha untuk menyelamatkan diri
melambai-lambai- berusaha memanggil orang lain untuk menyelamatkan daripada lemas
Tatabahasa05.09.2012
adakah ayat ini gramatis? "Daun Melambai." Ayat ini saya ambil daripada ssebuah buku tatabahasa Melayu. Namun contoh ayat dalam kamus dewan bagi perkataan melambai adalah " Kereta api pun bergerak. Kulihat tangan suamiku melambai-lambai. sehubungan ini, adakah perkataan melambai mesti digandakan baru ia berfungsi sebagai kata kerja tak transotif? Berdasarkan contoh "daun melambai." Adakah penggunaan melambai dalam ayat di bawah ini betul / salah. "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik beradik Thomas melambai dengan Thomas yang akan bertolak ke London.1. Untuk makluman, perkataan "Daun Melambai" boleh digunakan kerana ia merupakan bentuk personifikasi iaitu;
 a. pemberian (penyerapan) sifat-sifat manusia kpd benda tak bernyawa atau sesuatu yg abstrak dll utk mendapatkan kesan sastera atau seni.
 b. perlambangan atau pengemukaan benda tidak bernyawa atau sesuatu yg abstrak sbg mempunyai sifat-sifat manusia; mempersonifikasikan melambangkan atau mengumpamakan sesuatu benda yg tidak bernyawa (atau abstrak) sbg manusia atau mempunyai sifat-sifat manusia: dia ~ Kuala Lumpur dgn kata-kata yg terpilih.

2. Selain itu, perkataan melambai tidak semestinya digandakan untuk berfungsi sebagai kata kerja tak transitif kerana kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek selepasnya. Untuk lebih jelas, rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 88.

3. Penggunaan ayat yang betul, "Di lapangan terbang, ibu bapa dan adik-beradik Thomas melambaikan tangan kepadanya yang akan bertolak ke London."
Tatabahasa18.08.2015
Satu pertanyaan. Adakah perkataan SALAM boleh digunakan untuk menggantikan Assalamualaikum? Terdapat sumber mengatakan perkataan SALAM memberi erti Celakalah Kamu. Mohon penjelasan. Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Empat menyatakan salam ialah 1. sejahtera, damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat: baginda duduk di atas kuda, melambai-lambai membalas salam rakyat baginda; salam takzim salam dan hormat; berjabat salam berjabat tangan; memberi salam mengucapkan kata hormat (seperti assalamualaikum dsb);. Assalamualaikum (Arab) pula ialah selamat sejahtera kepada kamu semua (lelaki dan perempuan).

Kita berbahasa menggunakan bahasa Melayu yang difahami dan segalanya niat kerana Allah. Dia maha mengetahui niat seseorang. Wallahualam.
Makna18.02.2013
1)Suara penyayi itu sungguh merdu/gemersik semasa mendendangkan lagu irama asli. Yang mana jawapan yang betul?? 2) bagaimana hendak menerangkan cara yang mudah untuk menerangkan tentang penggunaan imbuhan me...i dan me...kan?? 3) imbuhan Memper+ kata adjektif tidak boleh ada ...kan di belakang..contohnya memperdalam...bagaimana pula dengan mempertingkatkan betul atau salah?? mempertingkat atau mempertingkatkan??? 4) layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu terpontang-panting/melambai-lambai/meliang-liuk/bergegar apabila angin bertiup....yang manakah jawapan yang paling tepat???

Saudara Aidil,

1. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli.

2. Imbuhan me-...-i dan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja. Kata dasar yang menerima apitan me-...-i dan me-...-kan akan membentuk kata kerja. Misalnya: mem + besar + kan = memperbesarkan

3. Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan. Hal ini kerana 'tingkat' bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi makna perkataan mempertingkatkan ada diterangkan yang membawa maksud menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.

4. Jawapan yang tepat ialah melambai-lambai (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui setiap maksud perkataan yang dikemukakan)

Tatabahasa05.08.2012
12

Kembali ke atas