Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bai] | لمباي

Definisi : ; melambai, melambai-lambai 1. bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak; melambaikan, melambai-lambaikan meng­gerak-gerakkan turun naik (tangan, bendera, dll): dia ~ tangannya kpd Wahab; lambaian 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggil­an syaitan; pelambai; sepelambai ukuran jauh sejauh orang melambai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bai] | لمباي

Definisi : ; ~ gajah bahagian mata keris (yg terletak di bawah dagu keris). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bai] | لمباي

Definisi : sj ikan laut, Siganus spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bai] | لمباي

Definisi : ; melambai, melambai-lambai 1 menggerakkan tangan turun naik (utk memanggil, memberi isyarat dll): Siapa yg ~ di seberang jalan itu? 2 bergerak-gerak turun naik (bkn daun, bendera ditiup angin dll). melambaikan, melambai-lambaikan menggerak-gerakkan (tangan, sapu tangan dsb) turun naik. lambaian 1 gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2 gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambai
Kata Terbitan : melambai, melambai-lambai, lambaian,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lambai Kdnama lain bagi tarian Sumazau di Beluran.Di Beluran Tarian Sumazau lebih dikenali sebagai tarian Lambai dan demikian juga di Ranau di mana lebih popular dengan panggilan tarian Mengigol, tapi Mengigol yang dimaksudkan bukanlah Tarian Mengigol yang diwarisi oleh suku kaum Rungus yang terdapat di Kudat.Sumazau dikenali Tarian Paina di MembakutGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kucingan MSbsejenis pokok semalu yang memanjat.Nanak melintasi kawasan belukar kecil di kiri dan kanan jalan. Belukar itu sering dilewatinya pada setiap hari. Pokok kucingan dan daun-daun lalang melambai-lambai ditampar angin petang. Ada kalanya kakinya bergesel dengan daun-daun lalang.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kuruna Bj, Slmahkota yang dibuat daripada kain baldu hitam dan dihiasi labuci.Saire mula mengayun-ayun tangannya. Melangkah ke pentas mendahulukan kaki kanannya. Kaki seluar kantiu yang dipakainya berwarna jingga, terlambai-lambai. Kuruna di kepalanya berkilauan disambar cahaya lampu.Sejambak bunga emasGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas