Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.ba.kan]/[lam.ba/.kan] | لمبقن

Definisi : 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.ba.kan]/[lam.ba/.kan] | لمبقن

Definisi : 1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lambakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Lambakkan atau lambakanPerkataan yang betul ialah lambakan, iaitu daripada kata dasar lambak dan akhiran -an.Ejaan30.07.2012
ada x mksud bg lambakan graduan menganggurBermaksud jumlah penganggur daripada lulusan institusi pengajian tinggi yang semakin meningkat.Makna08.09.2009
Yang manakah lebih tepat. Pendatang wanita asing atau pendatang asing wanita atau migran wanita asing. Contoh ; Lambakan migran wanita asing dalam sektor perniagaan semakin meruncing.Frasa yang betul ialah pendatang asing wanita atau migran asing wanita.  Tatabahasa15.03.2016

Kembali ke atas