Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : 1. tanda yg menyatakan atau menge­nalkan sesuatu (spt bendera, lencana, dll), simbol, isyarat, pelambang, perlambang: masyarakat menjadikan songkok baldu hitam sbg ~ kebangsaan kita; ~ status harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; 2. (Lin) tanda yg mewakili entiti linguistik (spt bunyi, fonem, suku kata, morfem dan kata) yg diterima dlm trans­kripsi fonetik atau sistem tulisan; berlambang mempunyai atau memakai lambang: bangunan baru itu masih belum ~; berlambangkan mempunyai atau meng­gunakan sesuatu sbg lambang, bersimbolkan: Sistem Penerbangan Malaysia ~ wau bulan; melambangkan menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemim­pin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda­-benda baru; perlambangan perihal (perbuatan dsb) meng­gunakan sesuatu sbg lambang: yg dimaksud­kan dgn ejaan ialah ~ fonem dgn huruf; perlambang lambang: pelambang lambang: Uda dan Dara selalu disebut sbg ~ cinta kasih yg teguh dan murni. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bang] | لامبڠ

Definisi : tanda (lukisan, lencana dll) yg digunakan utk memperkenalkan atau utk menyatakan sesuatu; simbol; isyarat: Warna putih ialah ~ kesucian. berlambang mempunyai lambang. berlambangkan mempunyai sesuatu sbg lambang: Dgn ~ traktor, parti itu telah turut serta dlm pilihan raya yg lalu. melambangkan menjadi lambang utk (kpd): Gambar daun lontar ~ Dewan Bahasa dan Pustaka. memperlambang menjadikan sesuatu sbg lambang: Mereka bersetuju ~ pena utk persatuan mereka. memperlambangkan menyebabkan sesuatu mempunyai lambang; memberi berlambang: Majlis yg bersidang itu sepakat ~ DBP dgn daun lontar. perlambangan perihal atau perbuatan memberi lambang kpd; hal mempunyai sesuatu sbg lambang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambang (kata nama)
Bersinonim dengan simbol, tanda, ideograf, logo, monogram, piktograf;,
Kata Terbitan : melambangkan,


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
TEMASYA EIGHT44020/20151. PEGANGAN KEKAL SUITE PERNIAGAAN 03-55696100 / 03-55697100 LAMBANG KEGEMILANGAN ANDA 2. PEGANGAN KEKAL PANGSAPURI SERVIS 03-55696100 / 03-55697100 LAMBANG KEGEMILANGAN ANDAMajlis Bandaraya Shah AlamPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201511/06184Lulus02/11/201504/11/201507:53:03
LAMBANG CINTA RAMADAN5739/2015TiadaPihak Berkuasa TempatanMakluman/NotisTiadaDBP/KPB/201709/13132Lulus25/06/201514/09/201716:41:07
LAMBANG MSIG27562/2014Pejabat urusanMajlis Perbandaran Batu PahatPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201411/04387Lulus10/11/201412/11/201414:12:11
Tudung Fareeda25999/2015Lambang Keanggunan Wanita BertudungDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201507/06079Lulus29/06/201501/07/201514:45:50
Tudung Fareeda25998/2015Lambang Keanggunan Wanita BertudungDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201507/06080Lulus29/06/201501/07/201514:46:09
Tudung Fareeda31722/2014Lambang Keanggunan Wanita BertudungDewan Bandaraya Kuala LumpurPakaianTiadaDBP/KPB/201412/04916Lulus15/12/201416/12/201415:06:24
Uda_Madeira Billboard5929/2014Lambang Keistimewaan DIBUKA UNTUK PENDAFTARANMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201403/04434Lulus27/03/201428/03/201407:44:53
SITI KHADIJAH30337/2016LAMBANG CINTA ABADIDewan Bandaraya Kuala LumpurHal-hal lain (nyatakan)TiadaDBP/KPB/201606/12585Lulus17/06/201620/06/201609:23:20
Billboard Cycas 25x5015767/2016LAMBANG KEMEWAHAN BAHARU ANDA 35' X 70' DARIPADA RM983,836 DIBUKA UNTUK JUALANMajlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201604/09657Lulus04/04/201606/04/201608:52:04
20x80 Cycas billboard4885/2016LAMBANG KEMEWAHAN BAHARU ANDA.Majlis Bandaraya Johor BahruPerumahan dan HartanahTiadaDBP/KPB/201602/06929Lulus02/02/201602/02/201615:47:57
123

Kembali ke atas