Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.bat] | لمبت

Definisi : 1 tidak cepat (bkn perjalanan atau perbuatan); perlahan-lahan: Ia sangat ~ membuat kerja. 2 mengambil masa yg lama: Pokok durian ~ berbuah. 3 lewat dr waktu yg ditentukan; ketinggalan: Jam dinding itu ~ 20 minit. ~ laun (bangat) lama-kelamaan; akhirnya. berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; tidak tergesa-gesa atau tidak terburu-buru. melambatkan membuat supaya lambat; menjadikan lambat: Ia ~ langkah kakinya. Kekurangan petugas telah ~ kerja itu. memperlambat menjadikan lebih lambat: Kerana malas, ia sengaja ~ kerjanya. terlambat tidak menepati masa; terlewat: Saya ~ lima minit. kelambatan 1 hal lambat; kelewatan: ~ kereta api itu telah merunsingkan hati kaum keluarga yg menunggu. 2 terlewat (dr waktu yg ditentukan); terlambat. selambat-lambatnya sehabis lambat; paling lewat: Mereka akan sampai ~ setengah jam lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambat (adverba)
1. Bersinonim dengan perlahan: lembap, mengambil masa,
Berantonim dengan cepat

2. Bersinonim dengan lewat: laun, melampaui waktu,
Berantonim dengan awal

Kata Terbitan : terlambat, kelambatan,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Biar lambat asal selamat,
     tak lari gunung dikejar.

Bermaksud :

Membuat sesuatu perkara hendaklah dengan cermat dan hati-hati.

 

Lihat selanjutnya...(34)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
k strategystrategi kBiologiEkologiOrganisma yang mempunyai pertumbuhan yang lambat, lambat matang, saiz badan besar, membiak berulang-ulang kali, hidup lama, dan menuju kepada penghasilan organisma yang berkualiti.
serotinouslambat membunga; lambat membukaPerhutananTiadaTiada
slow novanova lambatMatematikTiadaNova yang lambat mencapai maksimum kecerahannya, dan kecerahannya juga lambat malap.
scintillator slow neutron detectorpengesan kelipan neutron lambatKejuruteraanTiadaPengesan neutron lambat yang mengandungi campuran sebatian uranium yang berkemampuan menghasilkan pundarcahaya bila dibedil dengan hasil belahan.
slow neutronneutron lambatFizikAtom dan NuklearNeutron yang mempunyai tenaga kinetik kurang daripada 1 eV. Neutron lambat boleh dihasilkan dengan menggunakan moderator. Banding neutron cepat.
andanteandanteMuzikTiada

 Tempo yang sederhana lambat, lebih cepat daripada adagio tetapi lebih lambat daripada allegretto.

epithermal neutronneutron epitermaKejuruteraanPetroleumSinonim : neutron lambat Neutron yang bertahap tenaga lebih tinggi sedikit daripada tahap tenaga neutron terma, iaitu sekitar 0.025 eV hingga 100 eV. Neutron ini disebut juga neutron lambat.
andantinoandantinoMuzikTiada

 Tempo muzik yang sederhana. Kelajuannya lebih pantas daripada andante tetapi lebih lambat daripada moderato. Pada akhir abad ke-18, tempo muzik ini biasanya dimainkan dalam tempo yang lebih lambat daripada andante.

slow acetylatorasetilator lambatPerubatanTiadaSifat pada seseorang yang mempunyai polimorfisme genetik yang dicirikan oleh kelambatan kadar asetilasi ubat atau bahan kimia akibat daripada penurunan aktiviti enzim N-asetiltransferase. Pada golongan ini, ubat seperti Isoniazid dan Procainamide yang mengalami metabolisme secara asetilasi, akan dikumuhkan dengan perlahan. Perubahan kepada regimen dos adalah perlu untuk memastikan ubat berkenaan tidak mendatangkan kesan toksik. Risiko kesan sampingan ubat adalah lebih tinggi pada golongan asetilator lambat berbanding dengan kumpulan normal. Penyakit seperti katarak dan kanser pundi kencing adalah lebih kerap berlaku pada golongan ini.
slowperlahan; lambatFizikTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas