Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pai] | لامڤاي

Definisi : tinggi kecil (tubuh badan dll), panjang dan ramping, renceng: badannya yg kurus ~ itu membongkok sedikit; melampai 1. = terlampai bergerak-gerak (spt daun-daun kayu ditiup angin dll), melenggok-lenggok (bkn badan ketika berjalan, menari, dll), bergerak lemah-gemalai; 2. panjang menjulai (dahan dll), kecil dan tinggi: badannya yg tinggi tegap itu tidak ~ lagi tetapi telah memboyot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pai] | لامڤاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok), beberas, beras­beras, gemapung, Aporosa maingayi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pai] | لامڤاي

Definisi : tinggi dan kecil (bkn tubuh badan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampai (adjektif)
Bersinonim dengan semampai, sanjai, langsing, renjong, renceng, langkai, rigai, merunjau, panjang ramping, ampai, kurus tinggi;,
Kata Terbitan : melampai,

Puisi
 

Daun entemu terlampai-lampai,
     Ditiup angin hala ke darat;
Malam Sabtu hajat tak sampai,
     Ikut rasa hati melarat.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Sebagai pimping di lereng bukit.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Hati bagai baling-baling, d. Seperti panji-panji ditiup angin). (Bandingkan dengan: Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
island mackerelkembung lampaiPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Rastrelliger faughni, yang mempunyai tabiat gemar berenang dalam kumpulan yang kecil. Ikan ini mempunyai badan yang lampai, berwarna kehijau-hijauan dan berjalur kelabu. Makanan utama ikan kembung lampai ialah plankton yang dimakan dengan cara menapisnya melalui insang dalam keadaan berenang melawan arus. Ikan ini ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat hanyut atau pukat tunda bukaan tinggi, selain joran.
slenderlampaiMekanikGunaanLihat langsing.
overswingayun lampaiPendidikanTiadaTiada
long arm overswingayun lampai lengan lurus (Gimnastik)PendidikanTiadaTiada
short arm overswingayun lampai siku bengkokPendidikanTiadaTiada
long arm overswingayun lampai lengan lurus (Gimnastik)SukanTiadaTiada
double beat overswingdwiayun lampai (Gimnastik)SukanTiadaTiada
slender wing flowaliran sayap lampaiKejuruteraanTiadaTiada
slender body theoryteori badan lampaiKejuruteraanTiadaTiada
stolonstolonBotaniTiadaBatang lembut dan lampai yang menjalar di atas permukaan tanah. Di bahagian bukunya, terdapat tunas baru dan akar adventitius yang akan tumbuh. Batang yang lama biasanya akan mati. Contohnya, batang strawberi.
12

Kembali ke atas