Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keter­laluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; per­ubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melam­pau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pau] | لمڤاو

Definisi : lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Puisi
 

Baiklah baik memincang payung,
     Naik ke lampau memukul gendang;
Kalau sudah hatiku hayung,
     Rugi sedikit mana dipandang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih.Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan.Lain-lain10.11.2006
Salam sejahtera, Saya ingin meminta bantuan bagi ayat berikut: Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke/kepada/pada tempat penukleusan. Antara ke, kepada, dan pada, mana satukah penggunaan yang tepat? Terima kasih.Salam sejahtera

Hablur garam akan terbentuk daripada larutan tepu lampau apabila dituangkan ke tempat penukleusan.
Tatabahasa23.06.2016
Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sdikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip asas kerangka agama.Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri.Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama. adakah betul setiap perkataan dan ayat yang saya guna?Pantang larang merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun temurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan dalam kehidupan. Pantang larang biasanya terangkum dalam acuan adat dan budaya, bukannya terus dari agama. Oleh itu sedikit sebanyak adat dan budaya itu didirikan atas prinsip agama. Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikirkan secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Pantang larang terdiri daripada pelbagai aspek iaitu cara hidup, perkahwinan, kehamilan, kematian dan misteri. Contohnya, dalam masyarakat melayu, anak dara tidak boleh menyanyi di dapur, nanti dikhuatiri akan berkahwin dengan orang tua. Hakikatnya, pantang larang tersebut wujud bagi mengelakkan masakan hangus kerana leka menyanyi.Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga apabila turun hujan panas, atau tidak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi yang nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.Tatabahasa20.11.2011
saya ingin mendapatkan kajian-kajian lampau tentang bahasa melayu oleh sarjana-sarjana seperti awang sariyan dn prof asmah hj omar, di mana saya boleh dapatkan sekianSaudara boleh berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (perlu mendaftar sebagai ahli), DBP untuk mendapatkan sumber rujukan yang diperlukan atau boleh juga berkunjung ke mana-mana perpustakaan berhampiran yang mendokumentasi kajian kebahasaan.Lain-lain18.09.2011
makna sejarah manuskrip lamaTulisan masa lampau yang merakamkan budaya manusia. Konsep budaya di sini dihubungkan antara lain dengan buah fikiran, perasaan, kepercayaan, adat kebiasaan dan nilai-nilai yang berlaku pada waktu itu di dalam sesebuah masyarakat. Untuk melihat tahap sejarah sesebuah manuskrip diperlukan ilmu filologi.Lain-lain23.09.2008
Apakah maksud Hard Freeze?Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah sejuk beku lampau.Istilah16.08.2016
Adakah perkataan 'lepas' dalam angkasa lepas merujuk kepada segalanya yang kita lihat di angkasa adalah dari masa lampau?

"Angkasa lepas" ialah padanan bahasa Melayu untuk "outer space".


Istilah24.03.2022
Adakah kata sendi "pada" mesti wujud dalam ayat berikut? Agama Kristian bermula kira-kira PADA 2 000 tahun yang lampau. Terima kasih.Tidak perlu kata sendi nama 'pada' dalam ayat tersebut.Tatabahasa19.05.2011
mencari pembayang pantunPantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman lampau. Pantun terdapat berbagai-bagai bentuk rangkapnya yang terdiri daripada dua baris, empat baris atau enam baris. Dalam pantun dua baris, pembayang pantun terletak di baris pertama. Dalam pantun empat baris, pembayangnya terletak dua baris awal, iaitu baris pertama dan kedua. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.03.2009
berikan saya maksud masa dan lewatMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan masa bermaksud  waktu, ketika. Perkataan lewat bermaksud lalu, berjalan(di samping, di hadapan, dekat). lampau, habis, selesai. Sila rujuk kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1000 dan 934. Makna12.03.2008
1234

Kembali ke atas