Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.pi.ran] | لمڤيرن

Definisi : sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan dll), tambahan (pd buku, surat, dll): ~ yg dihantar itu telah hilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.pi.ran] | لمڤيرن

Definisi : sesuatu yg dilampirkan (spt surat keterangan atau butiran tambahan). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampir (kata nama)
Bersinonim dengan helai, keping;,
Kata Terbitan : melampirkan, lampiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya keliru tentang penggunaan kata sendi 'di" untuk lampiran. Dilampiran atau di lampiran. Jarak atau tidak? Terima kasih.Ejaan yang betul ialah "Di Lampiran" atau "di lampiran". Ejaan "di" dan "lampiran" dijarakkan.Lain-lain30.09.2014
Lampiran dikepilkan.Mohon maaf. Sila lampirkan kembali lampiran kerana lampiran tidak dapat dibuka.Lain-lain08.10.2020
Hello, saya ingin tahu lampiran yang diminta dalam http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/pl_iklan_daftar.aspx ialah lampiran apa? Sebab saya tak ada apa apa lampiran yang boleh letak. Dimana saya boleh dapat lampiran yang diminta?Untuk makluman, lampiran yang dikehendaki ialah visual iklan dalam bentuk jpeg atau gif. Untuk pengesahan iklan, sila klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat DBP)Lain-lain01.12.2014
Lampiran Fail.Cadangan kata baharu bahasa Melayu boleh disalurkan melalui Gerbang Kata DBP. Portal Gerbang kata merupakan ruang kepada masyarakat untuk memberikan sumbangan maklumat yang berkaitan dengan perbendaharaan kata bahasa Melayu daripada pelbagai sumber termasuklah bahasa daerah, bahasa suku kaum Sabah dan Sarawak, bahasa orang asli,kata Melayu lama, istilah, dan padanan kata Melayu bagi bahasa asing. Sumbangan khazanah persuratan Melayu seperti peribahasa, pantun seloka, mutiara kata dan sebagainya juga dialu-alukan. Gerbang Kata boleh dicapai dengan menaip Gerbang Kata pada enjin carian. Anda diperlukan untuk mendaftar dengan klik ‘Pendaftaran’ sebelum boleh Log Masuk. Selepas anda berjaya Log Masuk, anda boleh mencadangkan perkataan baharu dengan menyertakan maklumat kata seperti asal kata, contoh penggunaan dan sumber kata yang dicadangkan.Penyelidikan13.08.2018
lampiran fail untuk pengesahan bahasa dalam papan tanda iklan

Untuk makluman tuan, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan / iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Sekian. Terima kasih.
Lain-lain22.06.2018
lampiran ini adalah visual ikalan yang syarikat kami akan pasang pada bhagian premis hadapan bangunanUntuk pengesahan bahasa Melayu, sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Puan hendaklah mendaftar masuk dan lampirkan visual iklan.Makna25.11.2014
Lampiran fail di bawah merupakan kekeliruan saya tentang soalan di bawah atas penjelasan yang diberi oleh guru di sekolah.1. Kata dengan dalam ayat tersebut bermaksud bersama-sama. Kesesuaian penggunaan perkataan tersebut dalam ayat bergantung pada maksud yang hendak disampaikan.2. Tidak salah jika perkataan perkara digandakan dalam ayat tersebut. 3. Perkataan yang lebih sesuai digunakan dalam ayat tersebut ialah halaman. 4. Maksud alah bisa tegal biasa ialah segala kesusahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa. Kedua-dua situasi tiada kaitan dengan maksud peribahasa tersebut.     Tatabahasa22.05.2008
Selamat Pagi, semalam saya ada pertanyaan untuk lampiran dekat website http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/pl_iklan_daftar.aspx Saya ingin tahu lampiran yang saya perlu letakan ialah lampiran apa? Sebab saya tak ada apa-apa document untuk diletakkan dekat lampiran. Tolong saya. Terima KasihUntuk penyemakan bahasa Melayu dalam iklan, DBP memerlukan pihak puan melampirkan visual iklan yang mempunyai bahasa Melayu. Lampiran hendaklah dalam bentk jpeg dan gif.Lain-lain02.12.2014
Saya cuba mencari jawapan untuk frasa "seperti pada lampiran atau seperti dalam lampiran" dan saya menemui jawapan yang diberikan oleh panel DBP seperti yang berikut. 1. Butiran terperinci seperti dalam jadual berikut. Persoalan saya, bukankah kedua-dua partikel "seperti" dan "pada" atau "dalam" merupakan kata sendi nama yang tidak boleh digandingkan bersama kerana dianggap lewah. Hal ini samalah juga dengan isu "hingga ke', "selain daripada", "sejak dari" dan sebagainya. Sekiranya menurut prinsip Tatabahasa Dewan, frasa sebegini dianggap sebagai kesalahan tatabahasa. Selain itu, adakah "dalam pada itu" juga dianggap betul atau sebagai bentuk kekecualian? Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah "seperti lampiran" dan frasa "dalam pada itu" ialah penanda wacana yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa28.11.2018
Saya ingin merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini. Lampiran yang diberikan melalui emel pada 30 Jun 2011 tidak dapat dibuka. Mohon pihak tuan/puan mengirimkan sekali lagi jawapan tersebut. Soalan : Saya inginkan pengesahan tentang penggunaan singkatan YAB, YB, YBhg (selepas Bhg ada titik atau tiada?) dan ada surat arahan ke tidak yang menyatakan tidak memerlikan titik selepas penggunaan kata gelaran tersebut. Jika ada macam mana untuk mendapatkannya kerana saya ingin membuat edaran ke JPBD untuk menulis surat atau artikel dengan betul. Boleh tolong semak contoh surat yang dikemukakan. Bantuan tuan/Puan dihargai dan diucapkan terima kasih. Jawapan : Seperti Lampiran. (Lampiran tidak dapar di buka) Kerjasama pihak tuan/puan diucapkan terima kasih.

Kamus Dewan menyelaraskan ejaan YAB dan YB (tanpa titik) dengan kependekan ejaan darjah kebesaran dalam buku Protokol di Malaysia. Yang menimbulkan sedikit kekeliruan ialah ejaan YBhg. (dengan titik) kerana YBhg. ialah kependekan kepada yang (Y) + bahagia (Bhg. - diwakili tiga huruf), sama seperti kependekan perkataan contohnya kampung (kg.) dan jalan (jln.) yang dibubuh tanda titik. Walau bagaimanapun ada yang menyelaraskan ejaan YBhg sama seperti YAB dan YB (tanpa titik) dalam penulisan mereka. Hal ini kami anggap sebagai gaya penulisan dan gaya ini mestilah tekal (sama) dalam keseluruhan penulisan. Jika YBhg. (dengan titik) dalam penggunaan pertama, maka dalam penggunaan seterusnya juga dengan titik dan begitulah sebaliknya.

Tatabahasa11.07.2011
12345678910...

Kembali ke atas