Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : 1. kapal layar yg laju: kenaikan baginda ~ emas panjangkan; 2. ancak (perahu kecil) utk memuatkan jamuan hantu; 3. Mn tepak sirih (yg berbentuk spt kapal layar); main ~-~ melemparkan batu pd paras permukaan air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : 1. tidak senonoh (kelakuan, peng­ucapan, dll), tidak sopan, biadab: jangan marah kalau aku terlanjur dan dipandang ~ menulis surat kepadamu; 2. terlalu cepat (mengatakan atau melakukan sesuatu yg tidak baik atau sopan), lepas cakap (mulut): mengapa mulut engkau begitu ~?; ~ mulut suka mengeluarkan kata-kata yg tidak senonoh (yg menyakiti hati dsb); melancangkan melakukan sesuatu (yg tidak senonoh) dgn berani atau dgn cepat: mereka cuba ~ tangan mereka utk mengusik tubuh Esah; terlancang terlangsung (melakukan sesuatu), terlanjur; kelancangan perihal lancang; ~ mulut peri­hal (sifat, perbuatan) lancang mulut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : sj tumbuhan (herba), ara tanah, gelang susu, keremak susu, Euphorbia hirta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : 1 tergesa-gesa mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu sehingga menyebabkan orang lain berasa sakit hati dsb; celopar: Mengapa mulut kamu begitu ~? 2 kurang sopan terhadap orang tua dsb. kelancangan keadaan atau sifat lancang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[lan.cang] | لانچڠ

Definisi : kapal layar yg laju. bermain ~-~ bermain-main dgn melayangkan batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lancang
Rujuk :kapal

Puisi
 

5Lancang kuning lancang pusaka,
     Lancang tidak boleh berganti;
Biar kering laut Melaka,
     Saya tidak mungkir janji.


Lihat selanjutnya...(11)