Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.das] | لندس

Definisi : 1. alas, lapik: ~ memotong kayu; 2. asas yg mendasari sesuatu (objektif, idea, dsb): ~ itu sebenarnya sekadar suatu teori utk menjangkau sesuatu; berlandas mempunyai (berlapik atau beralas dgn) landas: bangku pemotong kayu itu ~; berlandaskan 1. mempunyai sesuatu sbg landas atau landasan: papan itu dipotong ~ bongkah kayu; 2. berdasarkan, beralaskan: prinsip-prinsip Rukun Negara yg ~ agama; melandasi menjadi dasar (asas) kpd: sesung­guhnya kajian lapangan yg ~ tulisan ini sangat terbatas; tindakan ini dilandasi oleh peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; melandaskan 1. memasang landas atau landasan pd; 2. mendasarkan, mengasaskan: bukanlah menjadi suatu kesalahan utk ~ penerangan guru pd huraian-huraian yg terdapat dlm teks tersebut; landasan 1. = pelandas ark alas, pengalas, penahan (ketika menempa besi dll), pelapik; ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; ~ terbang kawasan (yg keras) tempat kapal terbang turun atau naik; 2. ki dasar, asas jalan: orang ramai tidak akan menentang kamu se­lagi kamu berjalan di atas ~ yg betul; konsep bahasa tinggi menjadi ~ kertas kerja ini; berlandasan 1. menggunakan landasan, ber­lapik atau beralasan: mencencang ~, me­lompat bersetumpu, menjunjung berseng­gulung; 2. mempunyai sesuatu sbg alasan (dasar), beralasan, berdasar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.das] | لندس

Definisi : ; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), mahang bulan (serindit, tekukur), Macaranga triloba; ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), gading-gading, lada burung besar, Greenia corymbosa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.das] | لندس

Definisi : Sr, Sb musim tengkujuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.das] | لندس

Definisi : alas; lapik. berlandas mempunyai landas; beralas; berlapik. berlandaskan 1 mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg landas: Aminah memotong ubi kayu ~ sebuah bangku kecil. 2 ki memakai sesuatu sbg dasar; berdasarkan: Pendapat yg ~ kenyataan. landasan 1 sesuatu yg digunakan sbg alas atau sbg lapik sesuatu. 2 ki dasar; jalan: Sbg akibatnya, daya tarikan bumi turut lemah dan hal ini menyebabkan dunia tidak berjalan mengikut ~ edarannya yg biasa. ~ kereta api besi tempat kereta api bergerak; rel. ~ terbang kawasan tempat kapal terbang meluncur turun atau naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
landas (kata nama)
1. Bersinonim dengan alas: pengalas, lapik, pelapik, papan hiris, bangku,

2. Bersinonim dengan asas: dasar, prinsip,

Kata Terbitan : berlandaskan, melandasi, melandaskan, landasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
base plateplat landasPerubatanTiada2. Plat landas: Plat sementara dentur, digunakan untuk merekodkan hubungan rahang dan penjajaran gigi. Sinonim : landas rekod, landas sementara.
chopping boardlandas cincangPentadbiran PerniagaanTiadaLandas cincang: Landas untuk mencincang dan memotong tulang dan ketulan daging yang besar.
plastic baselandas plastikPerubatanTiadaLandas dentur atau rekod yang diperbuat daripada bahan plastik.
bridge abutmenttembok landas jambatanKejuruteraanKejuruteraan BangunanTembok landas yang didirikan di kedua-dua hujung jambatan untuk menyokong beban daripada superstruktur.
base plate materialbahan plat landasPerubatanTiadaBahan untuk membuat plat landas seperti resin akrilik.
check markspenanda lari landasSukanTiadaTanda yang diletakkan di atas lorong lari landas bagi acara lompatan dan balingan, serta tanda yang diletakkan di atas lorong balapan bagi acara lari berganti-ganti.
chain track inspectionpemeriksaan landas rantaiPentadbiran PerniagaanTiadaPemeriksaan berkala yang dilakukan ke atas landas lantai.
base plate waxlilin plat landasPerubatanTiadaLilin merah jambu dan keras untuk membuat rim oklusi dan plat landas sementara untuk rim oklusi.
articulationpersendian; artikulasiPerubatanTiada1. Pemasangan gigi di landas sementara secara tersusun dan terancang di landas dentur.
complete denture impressionimpresi dentur penuhPerubatanTiadaImpresi atau rekod negatif arkus edentulus untuk pembinaan dentur penuh, termasuk semua kawasan landas, struktur penghad dan sempadan kawasan landas.
12345678910

Kembali ke atas