Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.skap] | لنسکڤ

Definisi : 1. pemandangan alam sesuatu kawasan yg mengandungi unsur-unsur spt bukit bukau, sungai, dan tumbuh-tumbuhan, terutama­nya pemandangan pedesaan; 2. catan, lukisan, dsb yg menggambarkan pemandangan alam; 3. seni taman yg memaparkan ciri-ciri peman­dangan alam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata landskap


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SENI BINA LANDSKAP

Seni bina landskap melibatkan kerja mereka

bentuk dan membangunkan tanah untuk

digunakan dan dinikmati oleh manusia. Seni bina

landskap berkaitan dengan kecantikan alam

sekitar semula jadi di samping cara yang praktikal

untuk menggunakan tanah dan objek-objek di

atasnya. Seseorang yang mendapat latihan

profesional dalam bidang ini dikenali sebagai

arkitek landskap .

UMUM 
HORTIKULTUR LANDSKAP

Hortikultur landskap ialah bidang yang berkaitan dengan reka bentuk landskap, pemilihan, penanaman dan penyelenggaraan tanaman.

PERTANIANKonsep
OLMSTED, FREDERICK LAW

Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah

arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis

isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk

oleh konsepsinya tentang masyarakat

bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan

tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula

bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan

menggalakkan pekerti halus dan budaya yang

pada pandangannya mampu diperoleh oleh

warganegara sesebuah republik.

UMUM 
NASH, JOHN

Nash, John (1752–1835) ialah arkitek dan pereka

landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera

Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV,

Nash merubah semula pelan Taman Regent di

kawasan London menjadi sebuah taman landskap

yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan

yang besar dan disempadani oleh vila di setiap

bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place

dan Carlton House Terrace disiapkan antara

tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya

yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah

kos. Nash lahir di London. Dia turut

mengendalikan beberapa buah projek lain

termasuklah Buckingham House (kini Istana

Buckingham), Marble Arch dan Brighton

Pavillion.

UMUM 
STREETON, SIR ARTHUR

Streeton, Sir Arthur (1867–1943), pelukis

landskap Australia yang paling terkenal dari tahun

1920 hingga tahun 1940. Dia ialah ahli kumpulan

Aliran Heidelberg. Dia mencerminkan prinsip-prinsip

yang disokong oleh Tom Roberts. Ciri

utama landskap dalam lukisan minyaknya adalah

penggunaan warna biru yang menyerlah dengan

keemasan dan coretan berus empat segi yang

menyebabkan terbatasnya penghargaan terhadap

karyanya di London. Lukisannya The Purple Noon’s

Transparent Might dan lukisan-lukisannya yang

lain tentang desa Sungai Hawkesbury

membuatkannya terkenal di Australia. Namun

karyanya yang terawal, Still Glides the Stream, yang

kini berada di Art Gallery New South Wales,

Sydney, dianggap sebagai karyanya yang terbaik.

UMUM 
THOMSON, TOM

Thomson, Tom (1877–1917) ialah pelukis

landskap Kanada. Thomson sering dikaitkan dan

dipengaruhi oleh J.E.H. MacDonald, A.Y. Jackson

dan pelukis Kanada yang lain yang menggelarkan

diri mereka “Kumpulan Tujuh” selepas tahun 1920.

Thomson tinggal di Algonquin Park, Ontario,

Kanada selama lapan bulan pada setiap tahun

untuk berkhidmat sebagai renjer dan pelukis. Pada

musim sejuk, Thomson tinggal di Toronto untuk

menyiapkan beberapa lukisan besar yang dilukis

berdasarkan lakaran. Lukisan-lukisan tersebut

menggambarkan keindahan dan kecantikan tanah

gersang Kanada yang mengagumkan. Lukisan

tersebut bercirikan warna-warna terang dan

pengolahan gaya bebas yang tidak ada tolok

banding. Northern Lake, hasil karya Thomson yang

pertama dipamerkan, telah dibeli oleh Galeri Seni

Kebangsaan di Ottawa. Thomson lahir berhampiran

Owen Sound, Ontario. Dia mati lemas di

Algonquin Park, Kanada pada tahun 1917.

Lihat juga Kanada (Seni [gambar])

UMUM 
MENARA BULAT

Menara bulat merupakan ciri-ciri yang menarik

pemandangan landskap di kebanyakan bahagian

Ireland. Menara-menara ini dibina berdekatan

gereja dan biara antara tahun 900-an M. dan tahun

1200-an. Ia digunakan sebagai menara loceng untuk

membunyikan loceng tangan dan sebagai tempat

persembunyian semasa berlakunya serangan oleh

pihak Viking. Ketinggian menara ini berbeza-beza,

dari 21 meter hingga 38 meter dan berdiameter

dari empat meter hingga 5.5 meter. Menara yang

masih ada dianggarkan berjumlah 100 buah.

UMUM 
SESSHU

Sesshu (1419–1506), sami Buddha, yang

merupakan pelukis landskap Jepun yang paling

masyhur dalam tradisi lukisan dakwat Cina.

Gaya lukisannya mudah dikenali melalui gubahan

yang begitu menonjol, lukisan yang begitu

berpengaruh dengan mengetepikan unsur

permodelan yang halus. Mahakaryanya ialah

satu gulungan panjang lukisan yang

menggambarkan pemandangan sungai di China.

Sesshu mempelajari seni lukis dengan

mengkaji karya pakar lukisan dakwat Cina

tahun 1200-an.

UMUM 
AUSTRALIA, KESENIAN DAN SENI BINA

Australia, Kesenian dan seni bina.

Gabungan landskap, penduduk dan pengaruh

kebudayaan Australia telah menghasilkan kesenian

dan seni bina yang kaya dan berbagai-bagai.

UMUM 
BIERSTADT, ALBERT

Bierstadt, Albert (1830–1902) ialah salah

seorang daripada pelukis landskap romantik

Amerika yang terkemuka. Dia mula-mula melihat

pemandangan yang indah di Barat Amerika pada

tahun 1859 semasa menyertai ekspedisi tinjauan.

Dia membuat lakaran pada ketika itu juga dan

mengambil gambar yang kemudian dilukis

menjadi panorama besar Pergunungan Barat.

Hanya sedikit berasaskan kepada lakarannya dan

foto, lukisan Bierstadt mengungkapkan landskap

yang tersergam indah, yang diperhebat dengan

penggunaan pencahayaan yang dramatik. Bierstadt

menerima 25 000 dolar Amerika untuk sebuah

lukisan, harga yang paling tinggi yang pernah

dibayar bagi lukisan di Amerika pada masa itu.

Walau bagaimanapun, reputasinya merosot di

akhir kerjayanya. Pada hari ini, terutama lukisannya

yang lebih kecil, kembali popular disebabkan

timbulnya minat baru terhadap pergerakan

romantik tahun 1800-an.

UMUM 
123

Kembali ke atas