Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit;

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
zodiakzodiacGarisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama dua belas buruj. Lihat RajahSekolah Rendah
burujconstellationGugusan bintang yang membentuk corak di langit. Lihat RajahSekolah Rendah
auroraauroraFenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat RajahMenengah Rendah
bintangstarObjek yang kelihatan bercahaya dan berkerdip di langit pada waktu malam.Sekolah Rendah
nebulanebulaKepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam.Menengah Rendah
hujan meteormeteor showerFenomena astronomi yang terjadi ketika sejumlah meteor terlihat bersinar pada langit malam. Lihat RajahSekolah Rendah
galaksi Bima SaktiMilky Way galaxyKumpulan bintang dan gas yang berbentuk pilin, yang kelihatan seperti satu jalur cahaya di langit. Galaksi Bima Sakti merupakan salah satu galaksi yang terbesar, iaitu mengandungi 1011 bintang. Galaksi ini bergaris pusat 105 tahun cahaya dan berketebalan 2000 tahun cahaya. Matahari merupakan ahli kepada galaksi ini.Menengah Rendah

Kembali ke atas