Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit;

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaOrang Arab pulang ke Jeddah, Sarat bermuat si langit-langit; Harap saya bukannya mudah, Seberat bumi dengan langit.
Kurik Kundi Merah SagaKupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaKupu-kupu terbang ke langit, Singgah di langit bersalin kain; Tinggallah kuku dengan langit, Biar saya mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAngkut-angkut terbang ke langit, Tiba di langit bersidai kain; Bertangkup bumi dengan langit, Baru abang mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaAngkut-angkut terbang ke langit, Sampai ke langit meragi kain; Sudah bertangkup bumi dan langit, Sama-sama mencari lain.
Kurik Kundi Merah SagaNasi hangit lupa dikisar, Tarik putung selasih layu; Langit ke langit awan berkisar, Untung kita sudah nak malu.
Kurik Kundi Merah SagaTekukur terbang ke langit, Datang ke langit merindu dunia; Bunga melur kembangan damit, Sungguh damit harum baunya.
Kurik Kundi Merah SagaLangit biru apa tongkatnya? Bunga cempaka kembang biru; Hidup dunia apa hakikatnya? Pintu neraka sedia menunggu.
Kurik Kundi Merah SagaLangit biru bulan mengambang, Bintang pelantik rangkai-berangkai; Tidak jemu mata memandang, Ilmu apa adik pakai.
Kurik Kundi Merah SagaSelagi langit payungi awan, Hujan juga merintis embun; Selagi sampai segala tujuan, Badan binasa musuh berembun.
12345

Kembali ke atas