Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit;

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.Perempuan berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana. tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi.Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai.Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit runtuh, bumi cair.Segala harapan sudah musnah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit menyungkup kepala.Sesuatu yang tidak dapat diatasi lagi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki.Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak, b. Seekor kuman di negeri China dapat dilihat, tetapi gajah bertenggek di batang hidung tiada sedar). kambut = sebangsa bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan. berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Langit akan disigai, tebat akan disiar.Ingin berbuat sesuatu yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Disangkakan langit itu rendah: dipandang dekat, dicapai tak dapat.Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345

Kembali ke atas