Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : lengkung yg tampaknya biru dan meling­kungi bumi: tujuh petala ~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali; ~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain, walau­pun kecil, tampak tetapi kesalahan sendiri, tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar; melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali, melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi) ke langit biru; b) ber­warna spt warna langit biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : ruang (tempat letaknya bintang dll) yg kelihatan berwarna biru dan melingkungi bumi: Pd malam hari, kelihatan beribu-ribu bintang di ~. langit-langit, lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. melangit membumbung tinggi; tinggi sekali: Cakapnya ~ tetapi semuanya bohong. Bangunan itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LANGIT UMUM 
METEOR

Meteor ialah jalur cahaya terang yang muncul

dalam masa singkat di langit. Pemerhati sering

menamakan meteor tahi bintang atau bintang gugur

kerana ia kelihatan seperti bintang yang gugur dari

langit. Kadangkala meteor yang paling terang

dinamakan bola api. Meteor muncul apabila zarah

atau serpihan logam atau batu yang dinamakan

meteoroid memasuki atmosfera bumi dari angkasa

lepas. Geseran udara memanaskan meteoroid

menjadikannya berkilau dan mewujudkan ekor yang

bersinar daripada gas dan zarah meteoroid lebur.

Gas ini termasuk bahan meteoroid yang terwap dan

gas atmosfera yang dipanaskan semasa meteoroid

melalui atmosfera. Kebanyakan meteor berkilau

selama kira-kira sesaat.

UMUM 
PERSEUS

Perseus ialah buruj langit utara. Ia terletak di antara

buruj Auriga dengan buruj Cassiopeia. Mirfak,

bintang yang paling terang di Persues, adalah lebih

besar daripada matahari.

UMUM 
ZENIT

Zenit, dalam ilmu astronomi, ialah titik di langit

yang terletak tepat di atas seseorang yang berdiri

di permukaan bumi. Zenit terletak pada sfera

samawi, tetapi kedudukannya berbanding dengan

kedudukan bintang bergantung pada kedudukan

geografi orang itu.

UMUM 
AURORA

Aurora ialah pancaran cahaya semula jadi di

langit yang hanya boleh dilihat oleh mata kasar

pada waktu malam. Aurora di Hemisfera Utara

dikenali sebagai aurora borealis , atau cahaya

utara . Aurora di Hemisfera Selatan dikenali

sebagai aurora australis . Aurora ialah kesan

paling nyata daripada aktiviti matahari pada

atmosfera bumi.

UMUM 
KILAT

Kilat ialah percikan elektrik yang raksasa di langit.

Kebanyakan kilat yang kita nampak berlaku di

antara awan dengan bumi. Tetapi kilat juga berlaku

di dalam awan, di antara awan dengan udara

dan di antara dua awan. Apabila kilat berlaku di

atmosfera, tenaga elektriknya berserakan di udara.

Tenaga ini boleh merosakkan kapal terbang yang

terbang melaluinya, tetapi ia tidak menyebabkan

bahaya di bumi. Tetapi kilat yang menyambar bumi

boleh membunuh manusia atau menyebabkan

kebakaran.

UMUM 
TITAN

Titan ialah dewa-dewa pertama dalam mitologi

Yunani. Kebanyakan mereka, dilambangkan dalam

bentuk manusia, mewakili fenomena semula jadi

seperti bumi, langit dan matahari. Sebelum itu,

mengikut mitologi yang sama, alam semesta ini

hanyalah satu kekosongan yang dipanggil “Chaos”.

Titan yang pertama ialah Dewi Gaea, iaitu bumi.

Dewi ini terbit daripada Chaos dan melahirkan

Dewa Uranus, iaitu langit. Gaea kemudian

berkahwin dengan Uranus. Gaea dan Uranus

mempunyai banyak anak. Yang bongsu dan yang

paling penting ialah Dewa Cronus, yang berkahwin

dengan adik perempuannya, Dewi Rhea. Cronus

menggulingkan Uranus dan menjadi raja segala

dewa.

UMUM 
SAGITARIUS

Sagitarius (atau lambang pemanah) ialah

sekumpulan bintang yang berada di langit Hemisfera

Selatan. Ia merupakan lambang zodiak yang

kesembilan. Dalam mitologi, Sagitarius mewakili

haiwan mitologi yang dikenali sebagai sentora

(separuh manusia dan separuh kuda). Sentora

dikatakan sedang memegang busur yang ditujukan

ke jantung Scorpio, iaitu buruj (kelompok bintang)

berdekatan.

UMUM 
EMPIRE STATE BUILDING

Empire State Building adalah antara bangunan

pencakar langit yang tertinggi di dunia. Ia terletak

di 350, 5th Avenue, di New York City.

UMUM 
BURUJ

Buruj ialah kumpulan bintang yang boleh dilihat

di dalam kawasan tertentu di langit pada waktu

malam. Perkataan buruj juga merujuk kepada

kawasan tempat kumpulan bintang tertentu

muncul.

UMUM 
1234

Kembali ke atas