Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : lengkung yg tampaknya biru dan meling­kungi bumi: tujuh petala ~; berasa dlm ~ yg ketujuh senang sekali; ~ berkelikir bumi bertemberang, salah-salah fikir, jadi hamba orang prb fikiran yg mengikut hawa nafsu itu akhirnya membawa kpd kehinaan; ~ dapat dilukis sudut kambut diserayakan prb kesalahan orang lain, walau­pun kecil, tampak tetapi kesalahan sendiri, tidak; ~ menyungkup kepala prb tidak dapat melepaskan diri drpd perintah orang yg berkuasa (raja); ~ runtuh bumilah terban = ~ runtuh bumi cair prb kehilangan tempat menumpang hidup; di mana bumi dipijak di situ ~ dijunjung prb hendaklah menurut adat dan resam tempat yg kita diami; disangkakan ~ itu rendah, dipandang dekat, dicapai tak boleh prb sebelum mencuba sesuatu pekerjaan itu janganlah dikatakan mudah atau senang; kalau ~ hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dgn telunjuk prb orang kecil tidak dapat menolak kehendak orang besar-besar; melangit 1. menghala (terbang, naik) ke langit; 2. tinggi sekali, melambung tinggi: tidaklah elok kalau terus-menerus orang itu dipuji ~; congkaknya ~ sombong sekali; ~ biru; a) terbang (pergi) ke langit biru; b) ber­warna spt warna langit biru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ngit] | لاڠيت

Definisi : ruang (tempat letaknya bintang dll) yg kelihatan berwarna biru dan melingkungi bumi: Pd malam hari, kelihatan beribu-ribu bintang di ~. langit-langit, lelangit 1 bahagian sebelah atas rongga mulut (ada bahagian yg lembut dan ada bahagian yg keras). 2 kain yg digantung di bahagian atas bilik; kain bahagian atas kelambu. melangit membumbung tinggi; tinggi sekali: Cakapnya ~ tetapi semuanya bohong. Bangunan itu tinggi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langit

Puisi
 

Kupu-kupu terbang ke langit,
     Singgah di langit bersalin kain;
Bertangkup bumi dengan langit,
     Baru saya mencari lain.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Ditentang langit,
     langit;
ditentang bumi,
     bumi.

Bermaksud :

Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
testerpenguji; langit-langitKesenianTiadaTiada
epipharynxepifarinksBiologiHistologi dan Sitologi1. Cuaran di langit-langit rongga mulut serangga tertentu. lelangit. 2. Lapisan membran labrum dan klipeus yang terbit bersama labrum yang menjadi organ tusuk, seperti yang terdapat pada Diptera. 3. Plat berkitin pada lapisan bawah rostrum araknid tertentu.
potential headturus upayaKejuruteraanTiadaKetinggian mana-mana zarah air, dalam unit meter atau kaki, diukur di sebelah atas datum. Sinonim: turus aras langit-langit.
skylightjendela langit;cahaya langitMatematikTiada1. Cahaya langit: Sinaran suria yang sampai ke permukaan bumi setelah diserakkan daripada alur cahaya suria oleh molekul atau suspensoid di atmosfera. Diffuse sky radiation.
curtaintiraiPentadbiran PerniagaanTiada1. Kain yang dipasang labuh hingga ke lantai untuk menutup pintu, menyekat ruang dan lain-lain.,2. Kain yang berumbai-umbai tepinya sebagai perhiasan langit-langit tempat tidur atau tempat duduk pengantin dan lain-lain.
haplogiesusut bunyiKesusasteraanTiadaPengurangan yang terjadi pada sesebuah kata atau kalimat kerana dua suku katanya yang sebunyi hanya diucapkan sekali sahaja. Contoh: laki-laki menjadi lelaki, kura-kura menjadi kekura, langit-langit menjadi lelangit.
daun bayang langitdaun bayang langitKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun bayang langit.
bunga tunjuk langitbunga tunjuk langitKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk pokok tunjuk langit.
skycovertutupan langitMeteorologiMeteorologi PerhubunganJumlah langit yang ditutupi oleh awan dan/atau fenomena penyuraman yang lain. Tutupan langit dilaporkan dalam persepuluhan atau perdelapanan. Contohnya, 0.0 atau 0/8 menyatakan langit cerah, dan 1.0 atau 8/8 menyatakan langit tertutup seluruhnya.
Southern Sky SurveySurvei Langit SelatanMatematikTiadaAtlas gambar foto bintang yang terdapat di langit selatan, yang terdiri daripada dua set plat gambar foto yang meliputi kawasan langit yang bertindih. Objek samawi yang dirakamkan adalah lebih malap dan lebih jauh daripada yang dirakamkan di dalam peta langit selatan yang terdahulu, dan kira-kira empat kali lebih malap daripada objek dalam Survei Langit Paloman.
12345678910...

Kembali ke atas