Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1. gerak kaki ketika berjalan (ke hadapan atau ke belakang): pasangan suami isteri itu pun berjalan pulang dgn ~ yg berat; 2. jarak di antara dua belah kaki ketika ber­jalan: ada kira-kira lima ~ ia meninggalkan tangga rumah, ia berhenti; 3. cara mengerjakan sesuatu, sesuatu yg dikerjakan, perbuatan: sejak tadi lagi kuketahui dan kuawasi ~nya; 4. awal perbuatan (perjalanan, pekerjaan, dll); ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk); ~ bendul a) berkahwin dahulu drpd kakak; b) memperisteri adik sedangkan kakaknya belum berkahwin; ~ gelombang dua belas nama gerak dlm pencak silat; ~ kanan mujur; ~ kiri sial (tidak beruntung); ~ surut undur (langkah ke belakang); mengangkat (membuka, mengambil) ~ seribu cabut lari (kerana takut dll); melangkah, berlangkah 1. menggerakkan langkah, mengayunkan langkah, berjalan: ia ~ dua langkah ke hadapan; 2. memulai perjalanan (pelayaran dll): serta mustaid ia pun ~lah dgn tauhid hatinya meninggalkan kampung halaman; 3. = melangkahi; 4. tidak mengikut susunan, melangkau: dilang­kahnya beberapa perenggan lalu membaca perenggan yg lain; 5. ark melalui, menem­puh: ~ lautan; melangkahi 1. melampaui, melangkaui: ia terus ~ tangga; 2. melanggar, tidak mengikut tatatertib (peraturan dll), menyalahi: per­buatan spt itu dianggap telah ~ adat Melayu; adat bermain pantai itu sudah menjadi adat pusaka yg tak boleh dilangkahi lagi; ~ bendul langkah bendul; ~ laki bermukah (bkn perempuan yg sudah bersuami); melangkahkan 1. menggerakkan langkah, menggerakkan kaki kerana berjalan: dia ~ kakinya mundar-mandir mengelilingi Kota Melaka; 2. memulakan perjalanan atau pelayaran (perahu dll); langkahan hasil perbuatan melangkah: harimau itu berhenti drpd meneruskan ~ kakinya; kelangkahan 1. suami yg isterinya berlaku curang; 2. didahului adiknya berkahwin, kelampauan; 3. Jk dilangkahi atau dilalui; pelangkahan 1. perihal melangkah (me­langkahi, melangkahkan); 2. = pelangkah permulaan sesuatu pekerjaan (pelayaran, tindakan, dll): menurut ilmu ~, ini alamat buruk; pd kali ini, barulah pelangkahnya betul kerana waktu ia sampai, bapanya sudah balik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kah] | لڠکه

Definisi : 1 gerakan kaki ketika berjalan: Mereka berjalan dgn ~ yg perlahan. 2 jarak antara dua belah kaki ketika berjalan: Dia berundur tiga ~. 3 apa-apa yg dikerjakan; tindakan; perbuatan: Pihak polis sentiasa mengawasi setiap ~ yg dilakukannya. ~ baik (buruk) permulaan yg baik (buruk). ~ bendul ki hal adik berkahwin dahulu sebelum kakak (bkn adik-beradik perempuan). ~ kanan mujur. ~ kiri sial atau tidak beruntung. ~ seribu perbuatan melarikan diri secepat-cepatnya kerana takut dll. melangkah 1 menggerakkan langkah: Dia berhati-hati ~ supaya tidak terpijak tanah yg becak. 2 memulakan perjalanan, pelayaran dll: Baru saja ia ~ dr rumah, hari pun hujan. melangkahi 1 melakukan sesuatu melebihi yg sepatutnya; melampaui: ~ batas. 2 tidak mematuhi peraturan, nasihat dsb; melanggar (perintah dsb): ~ kakak lebih dahulu berkahwin (ttg adik); ~ suami berlaku curang terhadap suami. melangkahkan 1 menggerakan (kaki) ke depan utk berjalan. 2 memulakan sesuatu perjalanan (pelayaran dsb) dgn upacara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkah (kata nama)
Bersinonim dengan tindakan, perbuatan, ikhtiar, usaha, jalan, cara;,
Kata Terbitan : melangkah, melangkahi,

Peribahasa

Panjang langkah,
     singkat permintaan.

Bermaksud :

Telah sampai ajalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chain reactiontindak balas rantaiKimiaTiadaMekanisme langkah demi langkah, secara berturutan, yang setiap langkah menjana perantara reaktif yang menyebabkan langkah seterusnya berlaku. Langkah yang terlibat ialah langkah pemula rantai, langkah perambatan rantai, dan langkah penamatan rantai. Misalnya, tindak balas pengklorinan metana dengan bantuan cahaya dimulakan oleh radikal klorin yang terhasil daripada molekul klorin.
teaching steplangkah-langkah mengajarPendidikanTiadaTiada
security measureslangkah-langkah keselamatanKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau mekanisme yang dilaksanakan oleh organisasi atau pihak yang melindungi masyarakat daripada kekacauan, keganasan dan ancaman bahaya terhadap keselamatan. Contohnya, rondaan polis atau rukun tetangga di kawasan kejiranan.
Herbartian steps in learninglangkah-langkah pembelajaran HerbartPendidikanTiadaTiada
shapingpembentukanPendidikanTiadaLangkah-langkah dan maklum balas yang digunakan untuk membantu pelajar mencapai matlamat pembelajaran.
biosafetybiokeselamatanPertanianAgroteknologiLangkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan bahan-bahan beracun (toksik) dan patogen (penyebab penyakit seperti bakteria, kulat dan virus) terlepas daripada kawalan. Biasanya, bahan-bahan tersebut disimpan dalam bekas tertutup atau makmal terkawal untuk mengelakkan daripada tersebar dan mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia.
biosecuritybiokeselamatanPertanianAgroteknologiLangkah-langkah yang diambil bagi mengelakkan bahan-bahan mikrobiologi daripada dicuri atau disalahgunakan oleh anasir yang tidak baik untuk mengancam kesihatan masyarakat. Sinonim biosekuriti.
development strategystrategi pembangunanGeografiTiadaLangkah-langkah yang dikenal pasti dan dibentuk untuk dilaksanakan di sesebuah kawasan pembangunan.
accident preventionpencegahan kemalanganPerubatanTiadaLangkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
file managementpengurusan failKejuruteraanTiadaLangkah-langkah atau proses membentuk atau mengekalkan fail.
12345678910...

Kembali ke atas