Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.kat] | لڠکت

Definisi : sl tiga hari lagi dr sekarang, tulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kat] | لڠکت

Definisi : berlapis (tikar dll): diletakkan di atas peterana ciu dua belas ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.kat] | لڠکت

Definisi : hari yg ketiga selepas hari ini; tulat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkat (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan tulat, tiga hari lagi.,

Puisi
 

Burung balam terbang tinggi,
     Dari Palembang terus ke Langkat;
Tidur malam termimpi-mimpi,
     Duduk siang teringat-ingat.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LANGKAT

LANGKAT,  bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera  Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau,  ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BAHASA MELAYU LANGKATBAHASA MELAYU LANGKAT, bahasa Melayu yang digunakan di kecamatan Tanjung Pura dan Setabat. Kedua-duanya termasuk dalam Kabupaten Langkat di Propinsi Sumatera Utara.BAHASAKonsep
TANJUNG PURA, LANGKATTANJUNG PURA, ibu kota kerajaan Langkat, Propinsi Sumatera Utara yang terletak di tepi Sungai Serangan. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR

RAJA MANSOR RAJA ABDUL KADIR (1905-1947), penulis dan wartawan. Dia lahir di Gebang, Tanjung Pura, Langkat, Sumatera, Indonesia. Nama lain yang pernah digunakan ialah Ratuman atau Tengku Rolam. Raja Mansor berketurunan bangsawan. Ayahnya daripada kerabat diraja Perak, sementara ibunya pula berasal dari istana Langkat. Raja Mansor mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya. Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Hollandsch Inlandsche School (HIS) di Medan hingga tamat pada tahun 1929.  

SASTERATokoh
MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID

MOHAMAD YOUNUS HAJI ABDUL HAMID (1889-   ?   ), wartawan dan penerbit Indonesia.  Dia lahir di Langkat, Sumatera, Indonesia.  Dia mendapat pendidikan awal di Langkat.  Selepas tamat persekolahan dia bekerja sebagai pelatih kerani di syarikat minyak tanah di Pengkalan Bandar, pelatih telegraf di Kompeni Kereta api Deli, kerani di Labuhan Ruku dan pada waktu lapang menjadi guru penolong di sebuah sekolah Melayu di Batu Bahasa dan kerani di Syarikat Ejen Kompeni Kapal Api Belanda di Tanjung Balai.

SASTERATokoh
SALLEH AL-MASRI

SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan.  Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki.  Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban.  Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama.  Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya.  Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia.  Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TENGKU ABU BAKAR HUSNY

TENGKU ABU BAKAR HUSNY (1919 – 1983), wartawan Indonesia. Dia dilahirkan di Langkat, Sumatera, Indonesia. Tengku Abu Bakar Husny berasal daripada kerabat diraja. Bapanya bergelar Tengku Panglima Setia Raja. Dalam penulisan sastera, Tengku Abu Bakar Husny lebih dikenal dengan nama Arita Kasih, A.B. Kasih dan Area Jembel. Nama-nama seperti A.B. Husny, Area Jembel dan T.A.B. Husny digunakan untuk menulis rencana dan kritikan, sementara Arita Kasih digunakan untuk “sorotan cerpen” dalam majalah Mastika setiap bulan. Dalam penulisan rencana terutama yang menyentuh hal yang berkaitan dengan kesenian atau kebudayaan, sejarah, isu luar negara, kertas kerja dan buku mengenai Pujangga Amir Hamzah, dia menggunakan nama sebenarnya iaitu Tengku Abu Bakar Husny.

SASTERATokoh
KAMPE

KAMPE, pelabuhan perdagangan sekitar abad ke-7 M. Kampe atau Pulau Kampai terletak di kecamatan Teluk Haru, kabupaten Langkat, Propinsi Sumatera Utara. Penduduk tempatan ialah suku bangsa Melayu berasal dari Kedah yang berpindah secara besar-besaran ketika Kedah diserang Siam sekitar tahun 1837.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
AMIR HAMZAH

Amir Hamzah (1911–1946), penyair Indonesia. Nama sebenarnya ialah Tengku Amir Hamzah Pangeran Indra Putra. Beliau dilahirkan di Tanjungpura, Langkat, Sumatera Utara pada 28 Februari 1911.

SASTERATokoh
SYEIKH JUNID TOLA

SYEIKH JUNID TOLA (1886-1948), pendidik dan ulama. Beliau lahir di Kampung Tarlola, Tapanuli Selatan, Sumatera, Indonesia. Nama asalnya ialah Simanonga. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Desa Kampung Maga. Kemudian, beliau merantau ke Deli dan Basilam, Langkat, Sumatera Timur. Beliau belajar agama di Pondok Basilam, Tanjung Pura dan berguru dengan Syeikh Abdul Wahab. Beliau menukarkan namanya kepada nama Junid mengambil sempena nama seorang ulama tasawuf yang terkenal Syeikh Junid al-Baghdadi. Bagi mengingati asal usul, namanya ditambah dengan `Tola’ singkatan nama Kampung Tarlola tempat kelahirannya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas