Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lang.sat] | لڠست

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Lansium domesticum; kuning ~ warna (kulit dll) yg putih kekuning-kuningan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lang.sat] | لڠست

Definisi : nama sj pohon atau buahnya (buahnya seakan-akan buah duku tetapi lebih kecil, Lansium domesticum. kuning ~ warna kulit dll yg putih kekuning-kuningan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata langsat

Puisi
 

Buah langsat di Kota Medan,
     Dibawa orang dari Belawan;
Kalau sesat di hujung jalan,
     Surut ke pangkal jalan.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pinusus langsat(Mur.)pinusus langsat(Mur.)KesenianTiadaMotif anyaman berunsur tumbuhan berbentuk setongkol buah langsat. pinunguh langsat
pinunguh langsat(Mur.)pinunguh langsat(Mur.)KesenianTiadaMotif anyaman berunsur tumbuhan berbentuk setongkol buah langsat. pinusu langsat
langsatlangsatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Lansium spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah duku. Spesies utama ialah Lansium domesticum yang penting sebagai sumber buah-buah tempatan, seperti duku dan langsat. Gubal kayunya langsat berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna kuning atau kuning jingga. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata keranan mengangungi sel parenkima, dan iranya biasanya bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 1040 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras hingga sangat keras dan berat hingga sangat berat. Kegunaan utamanya ialah hulu peralatan dan tiang pagar.
pasakpasakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Aglaia spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah memberas, di Sabah ialah kalambiao, kuping-kuping, langsat-langsat, dan lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utamanya termasuk Aglaia argentea, A. cordata, dan A. griffithii. Gubal kayu pasak berwarna coklat kekuningan atau coklat merah jambu, dan dapat dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna merah muda atau merah coklat. Tekstur kayunya halus dan tidak sekata dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 770 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu ini agak tahan dan boleh digunakan di persekitaran laut. Kayu pasak boleh digunakan untuk lantai dinding, perabot, dan kayu alas angkut.
langsat (Lansium domesticum)langsat (Lansium domesticum)PertanianTiadaTiada
light cadmium yellowkuning langsatKesenianTiadaTiada
blonde netnet kuning langsatKesenianTiadaFabrik net kapas halus yang digunakan untuk asas renda trimin dan pakaian.
protected budmata tunas terlindungPertanianAgronomi

Mata tunas yang tidak kelihatan pada mata kasar  kerana dilindungi oleh  kulit dahan atau batang. Sebaliknya, yang kelihatan ialah bengkakan pada lokasi mata tunas yang menandakan pucuk baru akan keluar. Contohnya, mata tunas pada famili Lansium seperti dokong, langsat, dan duku. 

parasiteparasitBiologiEkologiOrganisma yang bergantung hidup pada permukaan atau di dalam perumah, dengan mendapatkan makanan serta perlindungan daripada perumah. Hubungan begini lazimnya memudaratkan perumah. Misalnya, Plasmodium yang hidup di dalam darah perumah, iaitu manusia, yang menyebabkan demam malaria; dan pokok dedalu, Loranthus sp. yang hidup di atas pokok langsat, Lansium domesticum.

Kembali ke atas