Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
langsung
1. Dalam konteks siaran
bersinonim dengan terus, terus-menerus,
(adverba:)

2. Bersinonim dengan lantas
( lalu, terus, lanjar, )
(kata tugas:)

3. Bersinonim dengan selama-lamanya
( kekal, terus, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan sama sekali
( sedikit pun)
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlangsung, melangsungkan, terlangsung, kelangsungan,

Puisi
 

Dari jauh bermalam datang,
     Hendak menuju pergi Kemboja;
Jika sudah terkata langsung,
     Mahal dan murah ikut harga.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Nak menangguk ikan,
     tertangguk ke batang.

Bermaksud :

Hendak laba, langsung jadi rugi.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
penularantransmissionPerpindahan patogen yang mengakibatkan penyakit daripada seseorang individu kepada individu yang lain, sama ada secara langsung atau tidak langsung.Menengah Atas
vektorvector1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud.Menengah Atas
tumbuhan herbaherbaceous plantTumbuhan yang mempunyai kayu yang sangat sedikit atau tiada langsung.Menengah Rendah
hukum FaradayFaraday lawHukum yang menyatakan bahawa magnitud arus aruhan adalah berkadar langsung dengan kadar pemotongan fluks magnet atau kadar perubahan fluks magnet.Menengah Atas
sistem endokrinendocrine systemSistem yang terdiri daripada kelenjar endokrin yang merembeskan hormon secara langsung ke dalam darah.Menengah Rendah
pemindahan darahblood transfusionProses memasukkan sejumlah darah yang diperoleh daripada penderma kepada penerima secara langsung.Menengah Rendah
hukum OhmOhm lawHukum yang menyatakan bahawa arus elektrik yang mengalir melalui konduktor Ohm adalah berkadar langsung dengan beza keupayaan yang merentasi konduktor Ohm tersebut dengan syarat suhu dan semua sifat fiziknya malar.Menengah Atas

Kembali ke atas