Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.jar] | لنجر

Definisi : labuh atau panjang (kerana dihulurkan dll), kurus tinggi; selanjar bersambung-sambung, berterusan: balak ~; keselanjaran perihal selanjar (bersambung-­sambung, berterusan): ~ kerja; melanjar Jk 1. menjadi atau bertambah panjang (kerana dihulurkan, tumbuh, dll); 2. menghulurkan (tali dll) panjang-panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jar] | لنجر

Definisi : ; lanjaran Jw para-para (tempat tumbuhan spt kacang, mentimun, dll menjalar dan melilit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jar] | لنجر

Definisi : terus (tidak singgah di mana-mana lagi), lalu, langsung: kamu nak ~ ke kebunkah? berselanjaran berterusan: keadaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.jar] | لنجر

Definisi : ; selanjar bersambung-sambung; berterusan; bertalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjar
Kata Terbitan : selanjar, keselanjaran,
Rujuk :panjang


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continuemalar; lanjar/terus; sambungFizikTiadaTiada
continuemalar; lanjar/terus; sambungKejuruteraanTiadaTiada
continuemalar; lanjar/terus; sambungMatematikTiadaTiada
continuemalar; lanjar/terus; sambungPerubatanTiadaTiada
continued fractionpecahan lanjarFizikTiadaTiada
continued fractionpecahan lanjarKejuruteraanTiadaPecahan menamat atau tak terhingga yang berbentuk a+b c + d e + f g + ....
continuum flowaliran lanjarKejuruteraanTiadaTiada
continued fractionpecahan lanjarMatematikTiadaTiada
long stay anchorsauh lanjarSukanTiadaTiada
long stay anchorsauh lanjarPerikananTiadaTiada

Kembali ke atas