Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.ju.tan] | لنجوتن

Definisi : sambungan (pelajaran, perbualan, dll), tambahan (pd sesuatu sebelumnya): sekolah menengah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ju.tan] | لنجوتن

Definisi : sambungan (pelajaran, perbualan dll); tambahan (kpd sesuatu sebelumnya). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lanjut (adjektif)
Kata Terbitan : selanjutnya, berlanjut-lanjut, berlanjutan, melanjutkan, terlanjut, lanjutan, pelanjutan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) apa bezanya perkataan `lanjutan sewa kilang' dengan `lanjutan sewaan kilang'. Selain dari itu perkataan yangmana satu betul ? 2) Perkataan `surat lanjutan tempoh sewaan kilang' atau `surat lanjutan sewaan kilang'? ygmana satu betul.

Jawapan yang betul ialah 1. lanjutan sewaan kilang, 2. kedua-duanya betul.

Lain-lain12.05.2010
Lanjutan dari soalan sy sebelum ini berkenaan termajahan buku bahasa inggeris ke bahasa melayu berkenaan demensia utk pesakit dan penjaga, bagamana boleh pihak DBP bantu kami dan apakah proses2nyaSalam sejahtera,

KHIDMAT TERJEMAHAN DAN PENERBITAN BUKU

Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menjalankan khidmat penterjemahan  atau menawarkan khidmat penyemakan terjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya.

2.   Sila hubungi: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) melalui:

Institut Terjemahan & Buku Malaysia
Wisma ITBM, 2, Jalan 2/27e,
Seksyen 10 Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: 03 4145 1800 / E-mel:info@itbm.com.my

Penterjemahan: salesonline@itbm.com.my / Telefon: 03 4145 1942


3. Walau bagaimanapun, sekiranya pihak puan berminat untuk menerbitkan buku umum di Dewan Bahasa dan Pustaka perlulah melalui proses kerja seperti yang berikut:

a.Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan,
Aras 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
50460 Kuala Lumpur.

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

 Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.

Lain-lain18.10.2022
lanjutan daripada pertanyaan saya tentang dan lain-lain n dan sebagainya, saya ada menonton rancangan kelas sebelah di rtm1, menurut guru dalam racangan itu, ada perbezaan antara dan lain-lain n dan sebagainya. oleh sebab masa itu saya tidak dapat mendengar dengan jelas, saya harap tuan dapat mencari dan menrujuk serta menjelaskan perkara ini kerana kebiasanya kamus hanya memberikan maksud sesuatu perkataan dana bukannya menjelaskan hukum tatabahasa. terima kasih.Kami menerima frasa dan lain-lain serta dan sebagainya sebagai sama, iaitu padanan et cetera dalam bahasa Melayu. Jika ada perbezaan pendapat daripada sumber yang lain, sila dapatkan kepastiannya daripada pihak yang berkenaan.Tatabahasa18.12.2013
lanjutan soalan ibu bapa ialah kata majmuk dan bukannya frasa nama, kalau mcm tu pinggang mangkuk, ayam itik ialah frasa nama atau kata majmuk? kata perkataan melayu untuk scuba driving? apa pula istilah untuk kaca mata scuba driving? terjemahan bar code dalam bm ialah apa? tqKata majmuk dibina daripada gabungan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Dalam contoh yang diberikan itu, kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Terjemahan : scuba diving ialah selam skuba; kaca mata selam skuba; dan kod bar.Makna15.01.2008
Lanjutan pertanyaan saya tentang frasa "masa kini" dahulu. Dalam ayat ini, misalnya, "Remaja masa kini kurang menghormati orang tua", ada pendapat mengatakan bahawa 'masa kini' tidak tepat kerana 'kini' sudah terangkum makna 'masa'. Benarkah pendapat itu? Jika benar, apakah pilihan lain yang tidak jauh bezanya untuk menggantikan frasa tersebut?Perkataan masa dan kini membawa maksud yang berbeza, masa bermaksud waktu atau ketika, manakala kini bermaksud sekarang ini, waktu ini. Justeru, frasa "masa kini" adalah betul dan tidak mempunyai unsur lewah dari segi maksudnya.Tatabahasa09.10.2007
Saya ingin mengeluarkan surat untuk sambungan perjanjian. Di antara 'Lanjutan Tempoh Perjanjian' dan 'Tempoh Lanjutan Perjanjian', yang manakah sesuai untuk menerangkan maksud surat tersebut? Adakah lanjutan + tempoh adalah penggunaan yang betul? Jikalau betul, boleh terangkan maksudnya?Kedua-dua cadangan jawapan yang diberikan betul. Lanjutan bermaksud sambungan manakala tempoh pula bermaksud masa atau waktu.Tatabahasa04.06.2021
Ayat mana yang betul? 'Lanjutan dari itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' atau 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan adalah ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu'Ayat yang betul: 'Lanjutan daripada itu, penempatan puan ditukar dari UiTM Shah Alam ke UiTM Terengganu' Tatabahasa05.05.2011
Tuan, Lanjutan daripada emel saya sebelum ini yang bertanyakan padanan yang sesuai bagi perkataan 'trust', bersama-sama ini saya lampirkan penggunaan perkataan 'trust' dalam penulisan membincangkan tentang koperasi. Perkataan tersebut berulang-ulang kali digunakan dengan banyak sekali. Mohon nasihat tuan.Menurut rujukan kami, trust bermaksud kepercayaan, serahan atau amanah untuk menyimpan atau menjaga sesuatu tanpa apa-apa kepentingan benifisial.


Perkataan trust perlu ditukar kepada kepercayaan atau percaya mengikut konteks ayat.
Makna24.08.2018
Salam sejahtera, apakah padanan istilah bagi frasa "advanced illness"? Sekian, terima kasih.

Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud illness ialah penyakit, manakala maksud advanced pula ialah lanjutan. Cadangan terjemahan yang sesuai bagi advanced illness ialah penyakit lanjutan

Makna10.04.2020
Assalamualaikum Saya pelajar Ijazah lanjutan di UKM. Saya igin menyemak terjemahan bahasa melayu yang betul untuk 'family-supportive supervisor behaviour' iatu salah satu variable dalam kajian saya. Terima kasihDBP tidak menyediakan khidmat terjemahan. Sila terjemah terlebih dahulu perkataan tersebut. Pihak kami akan membantu membetulkan padanan  bahasa Melayunya.Penyemakan dan penterjemahan10.06.2020
1234

Kembali ke atas