Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai;

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mencari lantai terjungkat (= terjungkit).

Bermaksud :

Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

PantunSumberTema
Apabila lantai sudah lapuk, Di mana lagi tempat bersila; Apabila perangai sudah teruk, Ke mana pergi mendapat bala.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Waktu duduk lantai berderak, Hendak tegak seluar sangkut; Malulah datuk ditertawa budak, Awak membentak keluar kentut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Banyaklah orang memaku lantai, Kita memaku pelupuh juga; Banyaklah orang mengaku pandai, Kita mengaku bodoh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila atap sudah bocor, Lantai lapuk kelambu basah; Apabila bercakap suka takbur, Perangai buruk malu bersimbah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuat untuk lantai dan dinding; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adat seronok dipakai berunding.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Andainya tegak di bawah tiang, Tengok-tengok lantai yang patah; Andainya awak dituakan orang, Elok-elok menyampaikan petuah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Keratlah-kerat batang samak, Dapat dibuat bilah lantai; Ingat-ingatlah nak pesan emak, Sudah diingat lalu dipakai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bersigup tidak ku pandai, Baranya jatuh ke lantai; Kasih mengejut tidak ku pandai, Ibarat angin tiup selesai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas