Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg se­bahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit­-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru di­peroleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1 dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2 ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1 memasang atau membuat lantai. 2 rata spt lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mencari lantai terjungkat (= terjungkit).

Bermaksud :

Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
beterombe[b«.t«.Äom.b«]kata kerjakejar-mengejar dalam kalangan manusia, biasanya kanak-kanak di atas lantai papan rumah kampung, atau binatang biasanya tikus, di atas siling sehingga mengeluarkan bunyi bising.Kuceng tak de, tikus beterombe kat siling.[ku.tSeN tA/ d« ti.kus b«.t«.Äom.b« kAt si.liN]Kucing tidak ada, tikus kejar mengejar di atas siling.
melembet[m«.l«m.bet]kata adjektifberkenaan papan, lantai, titi dan lain-lain yang melentur.Titi tu bukan kuat sangat, basikal lalu pon melembet.[ti.ti tu bu.kAn ku.wAt sA.NAt bA.si.kAl lA.lu pon dAh m«.l«m.bet]Titi itu bukan kuat sangat, basikal lalu pun dah melentur.

Kembali ke atas