Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg se­bahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit­-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru di­peroleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1 dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2 ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1 memasang atau membuat lantai. 2 rata spt lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mencari lantai terjungkat (= terjungkit).

Bermaksud :

Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bancoh[bAn.tSoh]kata adjektifberkenaan lantai, padang dan lain-lain yang berair .Mok suroh lap lante bancoh tu.[m/ su.Äoh lAp lAn.te bAn.tSoh tu]Emak menyuruh lapkan lantai yang berair itu.
garaih[gA.ÄAC]kata kerjamenyental sesuatu dengan sesuatu yang lain.Lantai simen tu kena garaeh pase doh belumut.[lAn.tAj si.mEn tu k«.nA gA.ÄAC pA.sE dh b«.lu.mut]Lantai simen itu kena sental sebab sudah berlumut.
gete[g«.t«]kata namabinaan tempat tidur pengantin biasanya tinggi sedikit daripada lantai.Orang sebok buat gete anok daro die tu nok kawen.[.ÄAN sE.bo/ bu.wA g«.t« A.n/ dA.č di.j« tu n/ kA.wen]Orang ramai sibuk membuat gete anak dara dia hendak kahwin.
linyo[li.ø]kata adjektifberkenaan sesuatu yang sangat licin dan bersihMok gosok lante rumah sampe linyo.[mA/ g.s/ lAn.tE Äu.mAh sAm.pE li.ø]Emak gosok lantai rumah sampai licin dan bersih.
besempulu[b«.s«m.pu.lu]kata adjektifberkenaan sesuatu potongan yang tidak rata.Lante rumoh koi besempulu je, ketam tumpo.[lAnte Äu.mh kj b«.s«m.pu.lu dZ« k«.tAm tum.p]Lantai rumah saya tidak rata kerana ketam tumpul.

Kembali ke atas