Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg se­bahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit­-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru di­peroleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1 dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2 ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1 memasang atau membuat lantai. 2 rata spt lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mencari lantai terjungkat (= terjungkit).

Bermaksud :

Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.
Kurik Kundi Merah SagaSirih kuning celah lantai, Ayam putih berkokok lalu; Adik kuning panjang lampai, Adik putih abang gemalu.
Kurik Kundi Merah SagaBersigup tidak ku pandai, Baranya jatuh ke lantai; Kasih mengejut tidak ku pandai, Ibarat angin tiup selesai.
Kurik Kundi Merah SagaAku tidak bersigup, Ada baranya jatuh ke lantai; Aku tidak pandai kasih mengejut, Pantunkan angin tiup selesai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja bermain tombak, Kain dipakai labuh ke lantai; Tuah saya sepantun ombak, Malang di pantai pecah berderai.
Kurik Kundi Merah SagaSayang bersigup tidak kupandai, Baranya mari jatuh ke lantai; Kasih mengaju tidak kupandai, Ibarat angin tiup ke pantai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai.
Kurik Kundi Merah SagaKalau nak tahu ara berbunga, Sirih kuning di celah lantai; Kalau nak tahu syurga dunia, Putih kuning panjang lampai.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik jatuh ke pantai, Memakan jambu anum; Liur titik gugur ke lantai, Melihat balu orang lagi anum.
Kurik Kundi Merah SagaDagangan datang dari Melaka, Timbang mari dacing tembaga; Cakap sombong saya tak suka, Lantai nibung makan kepala.
12

Kembali ke atas