Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg se­bahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit­-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru di­peroleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tai] | لنتاي

Definisi : 1 dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2 ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1 memasang atau membuat lantai. 2 rata spt lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai

Puisi
 

Sirih kuning celah lantai,
     Ayam putih berkokok lalu;
Adik kuning panjang lampai,
     Adik putih abang gemalu.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Mencari lantai terjungkat (= terjungkit).

Bermaksud :

Mencari-cari kesalahan orang terutama orang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Sains.indb 5 7/8/08 11:45:13 AM 6 abvolt (abvolt) Unit ukuran voltan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 -8 volt. (KEJ) abyssal plain (dataran abisal) Bahagian lantai lautan yang sangat rata, terdiri daripada enapan di dasar laut yang paling dalam. Kecerunan di bahagian ini kurang daripada 1 : 1000. (BIO) acacia gum (gam akasia) Lihat arabic gum. (TEKMA mengandungi udara pada suhu tertentu. Rendaman udara digu - nakan untuk menyimpan objek pada suhu tertentu. (KIM) air brick (bata berudara) Bata yang mengandungi lubang-lubang kecil yang digunakan di bawah lantai terampai, khususnya lantai kayu. (KEJ) aggregate ray air brick Kamus Sains.indb 30 7/8/08 11:45:54 AM 31 air content (kandungan udara) Udara yang dimasukkan ke dalam

Kembali ke atas