Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suara­nya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah; suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan nyata (peman­dangan), luas dan jelas; melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~ suaranya supaya jelas didengar; kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1 kuat dan jelas didengar: Bunyi jam besar itu sangat ~. 2 terang dan nyata (bkn pandangan). melantangkan menguatkan (bunyi, suara) supaya jelas didengar. kelantangan perihal atau keadaan lantang: ~ suaranya ketika berucap telah mempesona penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantang (adjektif)
Bersinonim dengan kuat, jelas, nyaring;,
Kata Terbitan : kelantangan,


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
keladi lantang Ibsimpulan bahasa Iban yang bermaksud menjadi tumpuan perhatian khususnya seseorang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
Canang Kimanis Kdsejenis canang.Canang Kimanis - jenis yang terbaik dan bermutu tinggi. Bunyinya nyaring dan lantang.Tarian-tarian Tradisional Negeri SabahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ketawai Kdtempat menyimpan padi.Charlene menggeleng kepala. Tetapi dia cepat-cepat merapati ke badan Richard. Tentagas itu sengaja bersuara lantang untuk menyeru semua semangat padi supaya pulang ke ketawai.Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkoh gansai, *sangkuh gansai* Ibsejenis tombak.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
berenong, *renong* Ibbalada cinta yang dinyanyikan oleh seorang lelaki.Malam itu, ketika orang-orang sedang memasak, mereka sama-sama terdengar suara orang berenong (jenis nyanyian) dengan suara lantang menghilir Sungai Paku dan melimpasi hadapan rumah mereka.Novel Senggalang BurungGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sangkoh agong, *sangkuh agung* Ibsejenis tombak, matanya lebar dan digunakan untuk ngayau dan membunuh binatang.“Berjagalah saudara!” kata Raja Sawa kepada Keling. “Saya nak menikam dengan tombak sangkoh agong agar tertanam seperti keladi lantang. Saya nak melontarkan sangkoh gansai agar tertanam seperti ekor burung kenyalang.”Kumang Mencari TarumGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas