Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1. = melantang kuat dan jelas didengar (suara dll), jelas kedengaran: suara­nya ~ bertengkar dgn orang di sebelah rumah; suaranya melantang di dlm seluruh ruang masjid; 2. terang dan nyata (peman­dangan), luas dan jelas; melantangkan menguatkan (suara dsb) supaya lantang: ~ suaranya supaya jelas didengar; kelantangan perihal lantang: kerana ~ cakap setengah-setengah tokoh politik, perhubungan antara kaum telah tidak menyenangkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.tang] | لانتڠ

Definisi : 1 kuat dan jelas didengar: Bunyi jam besar itu sangat ~. 2 terang dan nyata (bkn pandangan). melantangkan menguatkan (bunyi, suara) supaya jelas didengar. kelantangan perihal atau keadaan lantang: ~ suaranya ketika berucap telah mempesona penduduk kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantang (adjektif)
Bersinonim dengan kuat, jelas, nyaring;,
Kata Terbitan : kelantangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kiaijerit lantangSukanTiadaJeritan lantang dari dalam yang mengiringi pelaksanaan pergerakan.
equal loudness contourkontur sama lantangSains KesihatanTiadaLengkuk garisan yang menunjukkan keamatan bunyi pada setiap frekuensi yang diperlukan untuk menghasilkan persepsi bunyi yang sama lantang pada pendengaran normal.
most comfortable loudnesslantang paling selesaSains KesihatanTiadaJulat keamatan bunyi, biasanya bunyi vokal, yang selesa didengar oleh seseorang pendengar.
loudness discomfort leveltahap lantang - tak selesaSains KesihatanTiadaAras kelantangan yang menyebabkan ketidakselesaan individu.
loudness-growth functionfungi pertumbuhan lantangSains KesihatanTiadaGraf yang menunjukkan korelasi kekuatan bunyi dengan pertambahan keamatan bunyi.
mono-loudnessmonolantangSains KesihatanTiadaBunyi yang sama lantang.
starkstarkMuzikTiada

Paras dinamik yang kuat dan lantang.

arts and craft movementgerakan seni dan krafKesenianSeni BinaGerakan reka bentuk antarabangsa yang berkembang antara tahun 1860-an hingga 1930-an, yang secara lantang menentang penggunaan mesin dalam penghasilan produk. Gerakan ini wujud bagi menyokong pertukangan tradisional yang menggunakan bentuk yang mudah. Gerakan ini cuba menghidupkan kembali ketrampilan tangan manusia dalam seni dan karya dan menolak industri yang berasaskan mesin. Salah satu produk seni bina yang terkenal hasil daripada gerakan ini ialah The Red House yang dirancang oleh Phillip Web. Rumah milik William Moris ini telah berjaya memecahkan mitos simetri yang dikemukakan oleh kebanyakan arkitek klasik pada ketika itu. Setiap ruang rumah tersebut dirancang menurut fungsi, karakter dan peranannya masing-masing. Gerakan seni dan kraf diketuai oleh artis dan penulis, iaitu William Morris (1834-1896) yang terpengaruh dengan tulisan-tulisan John Ruskin (1819-1900) dan Augustus Pugin (1812-1852).
self-instructional traininglatihan pengajaran kendiriPendidikanTiada

 Teknik modifikasi tingkah laku kognitif yang menggabungkan pertuturan lantang dan kemudian meneruskan pertuturan se-orang diri untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.

sehrsehrMuzikTiada

Sehr bermaksud amat. Contohnya, sehr stark yang bermaksud sangat kuat dan lantang dari segi dinamik persembahan.


Kembali ke atas