Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.ta.ran] | لنترن

Definisi : 1. hal yg menjadi sebab sesuatu perkara; 2. kerana, sebab: ~ cantiknya, orang segan mengambilnya menjadi babu; ~ itu kerana itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.ta.ran] | لنترن

Definisi : 1 oleh sebab; kerana: Mereka mati ~ sakit malaria. 2 hal yg menjadi sebab sesuatu: Polis mencari ~ utk menangkap mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lantar
Kata Terbitan : lantaran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya tentang penggunaan "lantaran itu". Bolehkah "lantaran itu" digunakan pada pangkal ayat? Adakah "lantaran itu" membawa makna "therefore" atau "hence"?

Untuk makluman, penggunaan perkataan yang betul ialah “lantaran” sahaja. Perkataan tersebut boleh digunakan di pangkal ayat, dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat sebelumnya.

Tatabahasa05.02.2020
Mengikut kamus dewan, [lantaran]1. hal yang menjadi sebab sesuatu perkara;2. kerana, sebab. Adakah perkataan [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama? Adakah penanda wacana ini wujud?Untuk pengetahuan tuan, saya mengetahui [selain] dan [selain itu] mempunyai makna yang berbeza. Adakah [lantaran itu] mempunyai maksud yang sama dengan [lantaran]?Jika lantaran bermaksud kerana atau sebab, maka lantaran itu samalah maknanya dengan kerana itu atau sebab itu.Tatabahasa23.10.2009
Apakah beza antara apabila dan kerana.

Tuan,

Apabila: kata penghubung ayat yg bererti pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu.

Kerana: merupakan kata tugas; sinonim dengan  lantaran">lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula.,

Istilah22.08.2011
Bolehkah saya menggunakan perkataan "LANTARAN" di permulaan suatu ayat?? Contoh: Lantaran itu, gejala merokok dalam kalangan remaja kian berleluasa saban tahun. Terima kasih...:)

Saudara,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat , perkataan lantaran bermaksud i. hal yang menjadi sebab sesuatu perkara ii. kerana, sebab.  Perkataan lantaran boleh digunakan pada permulaan ayat sebagai kesimpulan atau rumusan kepada perkara yang dibincangkan dalam perenggan sebelumnya.

Tatabahasa16.07.2009
Apakah perbezaan antara 'Dengan itu' dan 'Lantaran itu'?Penanda wacana dengan itu, oleh hal yang demikian, dengan demikian, oleh itu merupakan penanda wacana penghubung musabab. Tiada perbezaan antara penanda wacana dalam jenis yang sama cuma kesesuaian penggunaan bergantung pada konteks ayat. Jika lantaran bermaksud kerana atau sebab, maka lantaran itu samalah maknanya dengan kerana itu atau sebab itu.Lain-lain14.09.2016
Kenapa wacana 'hal ini disebabkan kerana' tidak boleh digunakan?Perkataan sebab bermaksud lantaran, kerana. Manakala perkataan kerana bermaksud lantaran, sebab. Penggunaan disebabkan kerana dalam frasa ini bererti melakukan pengulangan dan tidak wajar. Tatabahasa02.06.2011
1. Bolehkah kita memulakan ayat atau satu-satu perenggan dengan "Untuk" ? 2. Lantaran demam yang dialaminya, semua makanan yang disuapkan ke mulutnya terasa __________ . ( pahit atau tawar ). Tolong jelaskan sebabnya.
i.  Menurut data kami, perkataan "untuk" boleh berada di pangkal ayat. Sebagai contoh, "Untuk makluman ....."
ii. Perkataan "pahit" bermaksud 1 (be)rasa tidak sedap seperti rasa hempedu atau rasa biji langsat: Ubat demam itu ~ sungguh rasanya. 2 ki tidak menyenangkan hati; menyusahkan hati; susah atau sulit: pengalaman yang ~. ~ getir (maung) kesusahan atau kesulitan yang berbagai-bagai. kepahitan 1 keadaan pahit; rasa pahit. 2 ki keadaan yang tidak menyenangkan; kesulitan; kesusahan. Manakala perkataan "tawar" ialah 1 tidak ada rasa (bukan makanan, minuman dan sebagainya); tidak cukup manis, masin dan sebagainya; hambar: air teh ~. 2 tidak masin (bukan air): Air sungai itu ~ sampai ke laut. 3 tidak dpt menyembuhkan penyakit; tidak mujarab (bukan ubat dan sebagainya); sudah hilang kekuatannya (bukan bisa atau racun). Oleh itu, berdasarkan kedua-dua maksud perkataan tersebut, perkataan yang sesuai ialah "pahit".
Lain-lain28.06.2016
Tuan, sila tengok yang saya garrisbawahi. (i) Keterangan musabab KETERANGAN MUSABAB ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau perbuatan. KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB adalah seperti kerana, lantaran, SEBAB, dan oleh sebab. Tuan, saya sudah banyak kali membaca tetapi sudah jelas dan nyata bahawa SEBAB yang tercatat di kategori KATA HUBUNG KETERANGAN MUSABAB. Dipetik daripada Tatabahasa Dewan Ketiga.pg 515, 18.3.3.1.Sila baca dengan teliti Tatabahasa Dewan Ketiga halaman 515 18.3.1 Jenis Ayat Keterangan (i) Keterangan Musabab. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran, dan oleh sebab.Tatabahasa27.08.2014
Saya ingin mengetahui sama ada kedua-dua ayat (1) dan (2) ini gramatis atau tidak lantaran ada yang berpendapat struktur ayat (1) itu salah. (1) Jus limau ini rasanya sungguh manis. (2) Jus limau ini sungguh manis rasanya. Terima kasih.Ayat kedua iaitu Jus limau ini sungguh manis rasanya lebih gramatis berbanding ayat pertama.Tatabahasa16.08.2017
Dia mula tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung _____ kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia. A. setelah B. walaupun C. lantaran D. walhal Apakah jawapan yang sesuai ?Jawapan yang betul  ialah  A. "setelah"  dalam ayat "Dia mula tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung "setelah" kedua-dua ibu bapanya meninggal dunia."Tatabahasa16.12.2021
123

Kembali ke atas