Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lap] | لڤ

Definisi : kain utk menyapu; kertas ~ kertas utk mengeringkan dakwat; mengelap menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap; mengelapkan menggunakan sesuatu utk mengelap: dia ~ tuala pd tumpahan itu; pengelapan perbuatan (kerja) mengelap; pengelap sesuatu (kain dll) yg digunakan utk mengelap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lap] | لڤ

Definisi : , = kain ~ kain utk menyapu atau utk menyerap dakwat. mengelap mengeringkan (air dll) dgn kain atau dgn kertas: Dia ~ meja itu supaya bersih. mengelapkan menggunakan sesuatu (spt kain, kertas) utk mengelap: Dia ~ tuala kecil ke dahi anaknya yg dibasahi peluh. pengelap sesuatu (spt kain, kertas) yg digunakan utk mengelap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lap
Kata Terbitan : mengelap, pengelap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang apakah suku kata bagi perkataan "megelap" kerana saya agak keliru tentangnya.. Bagi saya suku kata bagi perkataan in adalah "menge lap" ataupun "meng e lap" kerana imbuhan baginya adalah "menge" tetapi cikgu sepupu saya mengatakan bahawa suku kata bagi "mengelap" adalah "me nge lap"..Sebenarnya apakah suku kata bagi perkataan yang hanya mempunyai satu suku kata(had, cat...)Sukukata bagi perkataan tersebut ialah me. nge. lap.Tatabahasa30.10.2008
Melalui semakan kami, istilah makanan yang dinyatakan dalam peruntukan di bawah ini iaitu "lup cheong" ialah "lap cheong". Adakah terdapat padanan bagi istilah "lap cheong" ini dalam bahasa Melayu atau istilah asal boleh dikekalkan? (4) The provisions of subregulation (3) relating to the proportion of fat that may be contained in manufactured meat shall not apply to manufactured meat sold in casing and described as salami or salami-type sausage, lup cheong and sausages from edible organs. (4) Peruntukan subperaturan (3) berhubungan dengan kadar lemak yang boleh terkandung dalam daging kilangan adalah tidak terpakai bagi daging kilangan yang dijual dalam sarung dan diperihalkan sebagai salami atau sosej jenis salami, lup ceong dan sosej daripada organ boleh dimakanKami mencadangkan istilah dalam bahasa Melayu dikekalkan daripada istilah asal atau cadangan padanan seperti yang berikut:

lap cheong - lap cheong/sosej China

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain05.06.2021
Salam sejahtera, ingin menanya soalan berikut, . 1) Ali lap cermin dengan kain. Adakah ayat ini boleh diterima ? 2)Jika dalam solan aneka pilihan seperti, Ali ( ) cermin dengan kain. A. lap B. mengelap Adakah jawapan soalan ini hanya menerima mengelap ? Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas bantuan.Jawapan yang betul ialah "Ali mengelap cermin dengan kain".Tatabahasa23.09.2014
Ingin bertanya, adakah di DBP dijual secara perisian install tatabasa seperti nak jadikan semakan dalam penulisan dibuat dalam lap top. Jika ada, macamana nak beli.Salam sejahtera,

Perisian tatabahasa


Dimaklumkan bahawa, dari segi jualan untuk tahun ini, DBP belum ada lagi perisian seumpama itu.

2. Walau bagaimanapun, pihak kami mencadangkan, sekiranya ingin mendapatkan rujukan tentang tatabahasa secara dalam talian, bolehlah layari laman sesawang prpm.dbp.gov.my, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). Pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang tatabahasa secara percuma.

Sekian untuk pemakluman.
Lain-lain26.10.2020
Adakah penggunaan kata kerja tunggal berikut diterima betul? 1. Ali "sapu" kaya pada roti. 2. Ali "mop" lantai. 3. Ali "lap" cermin. 4. Ali "tarik" pam tandas. *Terima kasih*
Penggunaan yang betul ialah:
1. Ali menyapu kaya pada roti.
2. Ali mengemop lantai.
3. Ali menarik pam tandas.
Tatabahasa04.05.2014
Ayah menyembur air sambil (menggilap/mengelap) keretanya sehingga bersih dan berkilat. Sama ada "menggilap/mengelap" diterima sebagai jawapan?

Mengelap menyapu atau mengeringkan dengan kain lap iaitu perbuatan menyapu atau mengeringkan sesuatu daripada keadaan basah kepada kering. Menggilap perbuatan menggosok supaya licin dan berkilat.

Dari aspek ketepatan perkataan, menggilap lebih tepat untuk menjadikan kereta bersih dan berkilat.
Istilah17.02.2014
1. perkataan mengemop atau mengelap lantai ? 2. pembersih bulu ayam atau penyapu bulu ayam ? 3. mencangkul tanah untuk dibuat batas atau mencangkul untuk membuat batas ?1. Kedua-dua perkataan, iaitu mengemop dan mengelap adalah betul dan boleh digunakan. Mengemop dan mengelap  adalah perkataan "mop" dan "lap" yang mendapat awalan meN-... .
2. Perkataan yang tepat ialah pembersih bulu ayam kerana alat tersebut berfungsi untuk membersihkan habuk dan tidak berfungsi seperti penyapu.
3. Ayat yang betul ialah mencangkul tanah untuk membuat batas.
Tatabahasa06.02.2014
PENERANGAN MENGENAI KATA NAMA TUNGGAL, KATA KERJA TUNGGAL, PENUTUR MELAYU SERTA SEJARAH DAN STRUKTUR BAHASA MALAYSIAPerkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal, sama ada kata nama seperti cat atau kata kerja seperti lap. Ungkapan yang betul ialah penutur bahasa Melayu iaitu orang yang menuturkan atau menggunakan bahasa Melayu sebagai kelaziman. Untuk maklumat tentang sejarah dan struktur bahasa Malaysia sila rujuk buku/makalah yang berkaitan, terima kasih.Makna05.11.2008
Pak Rahim (mengesat) peluh yang mengalir di dahinya semasa dia bertungkus-lumus di sawah padi. Mengapakah kita tidak boleh menggunakan "mengelap" ?
  • mengesat

    1. menyapu-nyapu atau menggosok supaya kering: budak itu menggeleng-geleng sambil ~ air matanya; ~ peluh; ~ darah; 2. bp menyapu-nyapu (menggosok) kerana membersihkan sesuatu (drpd habuk, kotoran, dll);
  • mengelap

    menyapu atau mengeringkan dgn kain lap dll, menyeka: dia berdiri seketika, kemudian ~ dahinya; tidak mengapa tumpah sedikit saya boleh lap;
  • Berdasarkan  makna yang diberikan di atas, apabila dipadankan dengan contoh ayat , menunjukkan kedua-dua kata tersebut boleh digunakan, namun yang lebih tepat dan biasa digunakan ialah mengesat.

    Makna02.10.2009

    Kembali ke atas