Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pan] | لاڤن

Definisi : delapan; ~ belas sepuluh ditambah lapan (18); ~ puluh hasil darab lapan dan sepuluh (80); ~ ratus hasil darab lapan dan seratus (800); berlapan dlm kumpulan lapan orang dsb, lapan bersama: mereka ~ dipilih utk menyertai rombongan itu; berlapan-lapan dlm satu kumpulan lapan orang dsb (bkn banyak atau beberapa kum­pulan): berbaris ~; kelapan yg nombor lapan (menurut urutan, giliran, dsb), kedelapan: gilirannya yg ~; kelapan-lapan lapan-lapan sekali, kesemua­nya lapan: ~ orang anaknya pulang ke kampung pd hari raya itu; perlapan bahagian drpd sesuatu yg dibahagi lapan; satu ~ = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pan] | لاڤن

Definisi : angka bilangan selepas angka tujuh; 8; delapan. perlapan dibahagi lapan: satu ~, = se~ satu bahagian drpd benda yg dibahagi lapan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lapan

Puisi
 

Pukul lapan pukul sembilan,
     Pukul sepuluh jam pun mati;
Pandai makan pandai menyimpan,
     Jika gopoh merosak diri.


Lihat selanjutnya...(12)

Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
araknidarachnidHaiwan yang mempunyai lapan kaki dan kebanyakannya aktif pada waktu malam. Contohnya, labah-labah, kala jengking dan hama. Lihat RajahSekolah Rendah
kala jengkingscorpionHaiwan yang berkaki lapan, berbadan memanjang, mempunyai abdomen dan ekor bersegmen yang membengkok ke atas. Kala jengking mempunyai sengat di hujung ekornya. Lihat RajahSekolah Rendah
fetusfoetusEmbrio mamalia selepas terbentuknya ciri-ciri utama yang terdapat pada mamalia dewasa. Fetus manusia ialah embrio yang berusia lapan minggu ke atas.Menengah Rendah

Kembali ke atas