Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tempat kapal terbang turun naik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkah 'airside' diterjemahkan sebagai 'kawasan lapangan terbang' (konteks : bahagian airside di lapangan terbang)Dalam pangkalan data istilah DBP, padanan bahasa Melayu untuk "airside' ialah rusuk udara. Maksud istilah ini ialah kawasan di lapangan terbang atau bangunan terminal yang pergerakan masuk orang ramai dikawal.Istilah26.08.2016
Apakah penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi landasan kapal terbang? Contoh ayat: "Dua buah landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur" atau "Dua batang landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur."Jika kita menggunakan ungkapan sebatang jalan, maka untuk konsep yang hampir sama, iaitu landasan penjodoh bilangan yang sesuai ialah batang.Tatabahasa14.11.2012
Salam Sejahtera, Sila puan/tuan semak sama ada ayat yang di bawah ini betul dari segi tatabahasa. " Beiau dijangka akan tiba ke lapangan terbang itu pada pukul lima petang." Terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Beliau dijangka tiba di lapangan terbang itu pada pukul lima petang'.Tatabahasa15.12.2012
Lapangan Terbang Kota Bharu merupakan "secondary hub" syarikat penerbangan Firefly. "Secondary hub" boleh diterjemahkan sebagai "hab sekunder"? Atau DBP mempunyai cadangan istilah lain?Istilah hab sekunder adalah betul dan boleh digunakan.Istilah18.08.2015
Apakah terjemahan yang tepat bagi "regional airport" dan juga "regional international airport"?
Padanan bahasa Melayu bagi istilah regional airport ialah lapangan terbang wilayah, manakala padanan bagi regional international airport ialah lapangan terbang antarabangsa wilayah.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Istilah08.09.2022
Kenapa singkatan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-2 ditulis klia2 sedangkan mengikut peraturan sepatutnya KLIA2? Kenapa tidak ditulis dalam bahasa rasmi negara LTAKL2? Kenapa bahasa Melayu diabaikan? Terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan  pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.   

Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. 


Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.
Tatabahasa09.05.2014
Apakah istilah atau terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk "Space Port"? - lapangan terbang angkasa? - lapangan lancar angkasa?Kami mencadangkan "space port" diterjemahkan sebagai "pelabuhan angkasa" atau "pelantar angkasa", bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.Istilah15.07.2020
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "taxiway," iaitu laluan kapal terbang di lapangan terbang yang biasa digunakan selepas mendarat untuk menuju ke bangunan terminal tanpa mengganggu laluan landasan yang akan digunakan oleh pesawat lain?Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah jalan rayap.Istilah22.06.2009
Apakah terjemahan yang tepat bagi "aerobridge" ke dalam bahasa Melayu? (Merujuk kepada "aerobdridge" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.)Terjemahan bagi "aerobridge" dalam konteks tersebut ialah "jambatan udara".Istilah16.07.2007
adakah perlu tanda koma, atau noktah selepas dialog, contohnya; 1. “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?”, soalan suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Dalam dialog, “tanda koma”, “noktah” atau “tanda seru” perlu diletakkan sebelum tanda petik, bergantung kepada jenis dialog sama ada ayat tanya atau sebaliknya. Contohnya, “Awak sudah makan?” tanya Ahmad kepada Aminah. Walau bagaimanapun, tanda-tanda tersebut tidak perlu diletakkan selepas tanda petik. Contohnya, “Macam mana? Puas tak? Boleh fokus beribadat?” soal suami sebaik menyambut ketibaan saya di Balai Ketibaan Dalam Negeri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).Tatabahasa03.02.2022
1234

Kembali ke atas