Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.pis] | لاڤيس

Definisi : 1. = lapisan susunan yg bertingkat­-tingkat atau bertindih-tindih dgn satu di atas atau di sebelah yg lain (bkn bumi, dinding, dll), petala: di bawah kulit binatang, terletak se~ lemak yg memanaskan badannya; maka mereka pun masuklah ke dlm kota yg tujuh ~ itu; 2. barisan atau deretan (yg bersaf-saf): tentera itu berbanjar beberapa ~; 3. kepingan atau barang nipis yg dilekapkan pd barang yg lain: ~ bahu baju; ~ emas barang yg disadur dgn emas; berlapis menggunakan lapis, memakai lapis: di pinggang perak ~, di dada bintang me­nabur; berlapis-lapis terletak berderet-deret atau bertindih-tindih dgn yg lain, bersusun (satu diatas atau di sebelah yg lain): maka orang mengepung pun terlalu banyak rupa senjata ~; berlapiskan menggunakan sesuatu sbg lapis; melapis 1. memberi lapis kpd, membuat berlapis; 2. bersusun-susun (satu di sebelah atau di atas yg lain); melapisi merupakan lapis kpd: dia berjalan di atas lantai yg dilapisi permaidani; melapiskan meletakkan berlapis, memberi berlapis: lipat tepi lapik ke dalam kemudian lapiskan dua; lapisan 1. susunan yg bertingkat-tingkat, lapis: biasanya ~ tanah di bawah permukaan sawah itu menjadi keras utk menahan air drpd meresap; 2. ki tingkatan dlm masyarakat, golongan: kekuatan orang Islam dr segenap ~ dapat digunakan utk menentang musuh; pelapisan perihal (proses atau perbuatan) melapisi atau melapiskan: ~ aluminium pd poliester yg disalut dgn kertas; pelapis 1. yg menjadi golongan atau tingkatan yg berikutan atau yg akan meneruskan atau mengambil alih sesuatu tugas dll: kelab ini juga bertujuan mewujudkan golongan ~ dlm barisan pemimpin badan penulis di negeri ini; pasukan ~; pemimpin ~; 2. sesuatu (bahan) yg melapisi: berbagai-bagai bahan boleh digunakan sbg ~ bahan pelindung yg telap air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pis] | لاڤيس

Definisi : 1. tersayat atau dicarik halus-halus (daging dll); 2. = kuih ~ = ~ legit sj kuih yg dibuat drpd tepung beras atau tepung gandum dan santan, dikukus lapis demi lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.pis] | لاڤيس

Definisi : 1 leretan atau susunan yg bertingkat-tingkat, satu di atas atau di sebelah yg lain: Dia memakai baju dua ~. 2 sesuatu yg terletak berderet-deret; deretan; jajaran; saf: Penonton-penonton berbanjar beberapa ~ di kiri kanan jalan. 3 barang tipis yg dilekapkan pd benda lain: ~ emas barang yg disadur dgn emas. berlapis mempunyai atau terdapat lapis: Barang-barang itu disusun satu-satu, tidak ~. berlapis-lapis terletak berderet beberapa lapis; bersusun-susun: Mereka berdiri ~. berlapiskan menggunakan atau memakai sesuatu sbg lapis: Di dadanya tersemat tiga buah kerongsang ~ emas. melapis memberi berlapis; memasang lapis pd: Dia ~ dinding bilik tidurnya dgn kayu medang. melapisi merupakan atau menjadi lapis pd: Kayu medang ~ dinding bilik tidurnya. melapiskan 1 meletakkan atau menyusun yg satu di atas yg lain: Sesudah dipakai, dia ~ tikar-tikar tsb di bawah katil. 2 menggunakan sesuatu sbg lapis: Ahmad ~ kayu medang pd dinding bilik tidurnya. lapisan 1 susunan yg bertingkat-tingkat: Di bawah ~ kulit merah daun itu, ada sel-sel pembuat makanan. 2 golongan atau tingkatan dlm sesuatu masyarakat: Wakil dr segenap ~ masyarakat telah diundang ke majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapis (kata nama)
Bersinonim dengan lapisan, petala;,
Kata Terbitan : berlapis-lapis, lapisan, pelapis,

Puisi
 

Bunga tanjung putih berseri,
     Bunga kembang berlapis-lapis;
Lagu canggung lagu asli,
     Lagu asal negeri Perlis.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAPIS LAZULI UMUM 
PAPAN LAPIS

Papan lapis ialah bahan binaan yang biasanya

dibuat daripada lapisan kayu nipis yang ganjil

bilangannya yang telah digam bersama.

UMUM 
KIPAS LANAR

Kipas lanar ialah mendapan kelodak, pasir,

batu kerikil yang berlapis-lapis dan berselang-seli

dengan bahan lain. Pada umumnya garis susur

lanar berbentuk kipas.

UMUM 
MOCK ORANGE

Mock orange kadangkala dikenali sebagai

syringa , ialah pokok bangkut yang diliputi

gugusan bunga kecil, selapis atau dua lapis,

berwarna putih atau krim.

UMUM 
PERHUTANAN

Perhutanan ialah sains pengurusan sumber

hutan untuk faedah manusia. Amalan perhutanan

yang baik membantu mengekalkan bekalan kayu

yang mencukupi bagi membuat papan lapis,

kertas, dan keluaran kayu yang lain. Perhutanan

juga termasuk pengurusan sumber seperti air,

hidupan liar, kawasan ragut, dan kawasan rekreasi.

UMUM 
KHITON

Khiton ialah haiwan laut yang mempunyai kulit

pelindung keras. Kulit kebanyakan khiton terdiri

daripada lapan lapis yang bertindan-tindih dan

melekat pada isi yang liat.

UMUM 
STUKO

Stuko ialah bahan seperti plaster yang digunakan

pada bahagian luar dinding. Ia membentuk

penutup perlindungan yang keras. Stuko biasanya

terdiri daripada campuran pasir, air, dan simen.

Pekerja lazimnya menyapukan tiga lapis dengan

menggunakan kulir. Stuko boleh disapu dalam

banyak kemasan dan warna.

UMUM 
MALAKIT

Malakit ialah bijih kuprum yang hijau lagi cantik.

Bijih ini terdiri daripada kuprum oksida, karbon

dioksida, dan air. Rumus kimianya ialah

2CuO.CO2.H 2O. Malakit berbentuk berlapis-lapis

dengan warna yang berbeza-beza, daripada hijau

epal hingga kepada kelabu-hijau gelap.

UMUM 
SERUNAI

SERUNAI, alat muzik jenis tiupan berpipit. Alat muzik ini dikatakan ditiru daripada  serunai berpipit  kembar dari Timur Tengah yang dipanggil ‘Surnay’.  Serunai mempunyai pipit berlapis-lapis dan susunan pelidahnya mempunyai dua lapisan kembar sebanyak empat lapis.  Pelidahnya diperbuat daripada daun lontar atau daun thai yang dipanggil pipit.

BUDAYAAlat/Alatan
PERBILANGAN

PERBILANGAN, sejenis peribahasa yang panjang, lebih daripada satu ayat.  Ia berbilang, lantas disebut perbilangan.  Perbilangan  bermakna selapis atau dua lapis.  Perbilangan serupa pepatah dan berfungsi sebagai undang-undang, iaitu Undang-undang Adat Perpatih.  Nama-nama lain bagi perbilangan ialah ‘perbilangan adat’, ‘gurindam adat’, ‘teromba’ dan ‘terasul’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas