Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ra] | لارا

Definisi : 1. sl sakit (susah) hati, sakit percintaan, pilu sedih: ketika sedang melayang fikirannya yg ~ itu, tiba-tiba Mawi datang meluru; sudahlah susah menanggung ~, air mata gugur ke riba; pelipur ~ penghibur hati yg duka atau sedih (orang dan juga hikayat); 2. sakit; ~ wirang Jw sakit hati dan malu; berlara-lara bersedih-sedih, berdukacita: ia sedar bahawa dirinya tidaklah seorang di dlm bilik itu utk ~ berterusan sahaja; melara melarat atau merana (kerana sedih dll): kebanyakannya orang miskin dan ~ tetapi bukan sedikit orang yg kaya-raya dan bersenang-lenang; terlara-lara ark senantiasa bersedih-sedih, menangis dgn amat sangat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ra] | لارا

Definisi : berasa sedih; susah hati; pilu: Apalah penawar hatiku yg ~ ini. pelipur ~ penghibur hati yg sedih. melara merana kerana sedih dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lara
Rujuk :sedih

Puisi
 

Terang bulan di Pulau Dinding,
     Jerjak bertentang si Pulau Kera;
Malangku tuan tiada banding,
     Tuan seorang penglipur lara.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LARA, BRIAN UMUM 
PENGLIPUR LARAPENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu.  Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita  tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya.  Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat.  Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya.  SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
CERITA LIPUR LARA

Cerita lipur lara, sastera rakyat berbentuk cerita yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi melalui bentuk lisan.

SASTERAKarya
LIPUR LARA

LIPUR LARA, sastera rakyat yang berbentuk roman. Cerita lipur lara dapat juga dikelompokkan ke dalam kategori cerita pari berdasarkan persamaan ciri-cirinya dengan fairy tale (Inggeris) atau marchen (Jerman). Di barat, sastera ini sering juga dikenal sebagai cerita magis (magic tale) kerana terdapatnya unsur magis di dalam ceritanya.

SASTERAKarya
JUBANG

JUBANG, cerita lipur lara Melayu.  Cerita ini  tersebar dan terkenal di negeri Kedah.  Antara penglipur lara yang pernah menuturkan  cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah.  Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’.  Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA

Hikayat Awang Sulung Merah Muda tergolong dalam cerita lipur lara.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
MIR HASSAN

MIR HASSAN (   ?   -   ?   ), penglipur lara Melayu.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah menantu Pawang Ana. Mir Hassan dan Pawang Ana merupakan tokoh penglipur lara Melayu awal yang mendapat perhatian pentadbir British di Tanah Melayu, terutamanya R.J. Wilkinson dan R.O. Wintedt yang berminat mengkaji kesusasteraan Melayu lama.  Tiga buah cerita lipur lara yang dituturkan oleh Mir Hassan ialah Raja Donan, Hikayat Seri Rama dan Raja Ambung.  Rangka cerita Raja Donan yang dituturkan oleh Mir Hassan menyerupai bentuk rangka cerita tuturannya yang lain. 

SASTERATokoh
HIKAYAT RAJA BUDIMANHIKAYAT RAJA BUDIMAN, sastera hikayat yang berasal daripada sastera rakyat atau cerita lipur lara. Hikayat ini terdapat dalam tulisan Jawi (cetak batu) dan diterbitkan oleh The American Mission Press, Singapura pada tahun 1896.SASTERAKarya
MINSTREL

Minstrel ialah istilah yang digunakan dengan

meluas untuk merujuk kepada penghibur

profesional yang terkenal di Eropah semasa Zaman

Pertengahan. Minstrel terdiri terutamanya daripada

penyanyi dan pemuzik, tetapi terdapat juga

penglipur lara, penjugel, badut, dan ahli akrobat.

Penghibur kembara ini dikenali dengan pelbagai

nama di pelbagai negara. Mereka dikenali sebagai

troubadour dan jongleur di Perancis, minnesinger

di Jerman, skald di Scandinavia dan bard di Ireland.

Penyanyi kembara Inggeris yang awal dinamakan

scop . Nama minstrel kemudiannya digunakan

untuk penyair-pemuzik England.

UMUM 
KABA

KABA, cerita lipur lara Minangkabau. Kaba berasal daripada perkataan khabar atau berita. Kaba juga mungkin ada dalam hubungan bakaba (memberitakan sesuatu). Namun dengan menukarkan abjad ‘b’ dengan ‘c’, perkataan tersebut berubah menjadi ‘ menceritakan sesuatu’, dan ini sesuai dengan hakikat kaba yang dikenali kini.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas