Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laras;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa maksud laras bahasa?apa ciri-ciri laras bahasa?apa kegunaan laras bahasa?pentingkah seseorang mengetahui tentang laras bahasa dan ciri-cirinya?Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- . Untuk jawapan yang lebih lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 36. Sekian, terima kasih.Lain-lain11.10.2006
1)Apa perbezaan antara laras bahasa dan gaya bahasa? 2)Berikan kategorinya dan contohnya sekali.Laras Bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Contohnya ialah : Teknologi terbaharu "X" telah menghasilkan tilam yang sempurna. - Laras iklan- Menurut Kamus Dewan, Gaya bahasa pula ialah cara pemakaian bahasa. Gaya bahasa terdiri dalam pelbagai kategori seperti personifikasi, metafora, simile, aliterasi dan sebagainya. Contoh gaya bahasa ialah - Api pelita meliuk-lintuk apabila dihembus angin. (Gaya bahasa personifikasi)-iaitu sikap manusia (meliuk-lintuk) yang diberikan kepada benda tidak bernyawa. Gaya bahasa sering digunakan dalam karya-karya sastera seperti sajak.Lain-lain03.07.2006
assalamualaikum saya perlukan maklumat berkaitan dengan laras bahasa dari segi makna, dan jenis-jenisnya.. terima kasihLaras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya. Laras terdiri daripada pelbagai bidang seperti laras undang-undang, laras sejarah, laras kimia, laras sains, laras agama dan sebagainya. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Tatabahasa04.05.2009
apakah yang dimaksudkan dengan laras-laras bahasa serta pembahagiannya dan contohLaras bahasa ialah ragam atau variasi bahasa yang digunakan dalam pelbagai bidang. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat.   Tatabahasa10.09.2008
1. Apakah yang di maksudkan dengan laras bahasa. 2. Kepentingannya? 3. Maksud laras bahasa ekonomi, iklan, kejuruteraan dan politik.Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan untuk memberi pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. Tatabahasa18.07.2008
SILA NYATA JENIS-JENIS LARAS BAHASA YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU DAN NYATAKAN CIRI-CIRI LARAS TERSEBUTLaras bahasa sering dikaitkan dengan sesuatu bidang yang ingin diperkatakan dan kesesuaiannya. Contohnya laras bahasa undang-undang berbeza dengan laras bahasa agama dan laras bahasa sains berbeza dengan laras bahasa sastera.Tatabahasa15.02.2007
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pihak DBP. Saya ingin kemukakan soalan kepada pihak DBP. 1.Saya ingin megetahui pendapat tokoh tentang laras bahasa dan laras agama. 2.Saya ingin mengetahui perkembangan laras agama dalam bahasa melayu. 3.Saya juga ingin tahu sejarah kewujudan laras agama ini. Maklum balas daripada pihak DBP amatlah diharapkan.Laras bahasa atau ragam bahasa merujuk variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, contohnya laras bahasa klasik, laras bahasa istana, laras bahasa sains, laras bahasa ekonomi, laras bahasa iklan, laras bahasa politik dan sebagainya, serta bertujuan memberikan pengkhususan penggunaan kata mengikut bidang. Berkenaan dengan laras agama, Saudara boleh melayari http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/ untuk mendapatkan maklumat tentang bahan bacaan yang berkenaan.Tatabahasa23.07.2014
apakah yang dimaksudkan dengan laras bahasa?Laras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga bergantng pada ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan. Contohnya laras bahasa doa berbeza dengan laras bahasa sukan. Laras turut dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta, tujuan dan ayat yang digunakan.Tatabahasa23.01.2007
maksud laras bahasa dari beberapa sumberLaras bahasa dikaitkan dengan kesesuaian bidang dan situasi bahasa atau konteks pengucapan. Laras bahasa juga bergantung pada ciri-ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan. Contohnya laras bahasa doa berbeza dengan laras bahasa sukan. Laras turut dipengaruhi oleh latar, penutur, peserta, tujuan dan ayat yang digunakan.

Puan boleh merujuk buku berikut iaitu, 1. Laras Bahasa, 1995 oleh Kamaruddin Hj. Husin terbitan Utusan Publications 2. Laras Bahasa, 1989 oleh Nik Safiah Karim terbitan Nurin Enterprise 3. Laras Bahasa Ilmiah, 1995 oleh S. Nathesan terbitan DBP dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa.
Tatabahasa15.02.2015
1) Apa itu laras bahasa? 2) Jenis-jenis laras bahasa? 3) Contoh-contoh laras bahasaLaras bahasa ialah variasi bahasa berdasarkan penggunaannya misalnya laras bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dan lain-lain atau disebut juga sebagai ragam bahasa.Makna27.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas