Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata laras;


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LARAS

LARAS, pembahagian Minangkabau menurut dua tradisi politik atau fratri dasar menukar adat. Menurut tradisi adat, Minangkabau disebut juga sebagai daerah ‘Laras yang Dua, Luak Yang Tiga’. Laras yang dua itu ialah Bodi Caniago dan Koto Piliang, manakala luak yang tiga itu ialah Agam, Limapuluh Kota dan Tanah Datar. Jika luak ialah pembahagian kawasan menurut adat, laras pula ialah perbezaan dua tradisi politik negeri. Walaupun negeri-negeri daripada kedua-dua laras tersebut terdapat di ketiga-tiga luak, namun secara ideal, Agam dianggap sebagai wilayah Bodi Caniago, Limapuluh Kota, dan Koto Piliang, manakala Tanah Datar mewakili kedua-duanya. Dengan maksud lain, Tanah Datar ialah luak tempat kedudukan ‘Raja Tiga Sila’ iaitu Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat, dan ‘Besar Empat Balai’ iaitu Bendahara, Machudum, Tuan Kadhi dan Indomo. Kesemuanya merupakan unsur integratif. Dalam konsep adat Minangkabau, Bodi Caniago dan Koto Piliang merupakan dua unsur daripada alam Minangkabau yang tidak boleh dipisahkan. Kedua-duanya bersifat saling melengkapi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIAdat
LARAS BAHASA

LARAS BAHASA, ciri gaya penceritaan dalam bahasa baku yang digunakan untuk sesuatu jenis bidang. Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita dapat menjangka apa yang menjadi topik utama sesuatu teks sebaik-baik kita membaca ayat pertama. Sebagai contoh, jikalau ayat pertama berbunyi ‘Alkisah, pada suatu masa di zaman dahulu....’, kita terus dapat meneka dengan tepat bahawa apa yang akan kita baca selanjutnya ialah sebuah cerita lama. Ayat seperti itu tidak digunakan untuk teks-teks lain.

      Laras ialah unsur bahasa, bukan unsur makna. Maksudnya, makna yang sama boleh diungkapkan dalam beberapa laras. Sebagai contoh, topik tentang penyakit kolera boleh diterangkan dalam laras teknikal atau laras umum tanpa mengubah makna yang asal. Satu contoh lagi ialah topik agama boleh diterangkan dengan menggunakan laras agama atau laras umum.

BAHASABahasa
ISTANA LIMA LARAS,ISTANA LIMA LARAS, istana milik Datuk Muhammad Yuda yang berkuasa di Lima Laras (1883-1919) di Sumatera Utara, Indonesia. Istana ini terletak di Tanjung Tiram, Asahan, lebih kurang 152 km dari Medan.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
MERIAM

Meriam ialah senjata yang kalibernya lebih

daripada 2.5 sentimeter. Ia mempunyai laras,

bahagian bawah, dan mekanisme menembak.

Meriam besar yang kini dikelaskan sebagai artileri

dan meriam yang lebih besar yang dilepaskan

dari pesawat semasa Perang Dunia II (1939–1945),

pernah dinamakan sebagai meriam.

UMUM 
MESINGAN

Mesingan ialah senjata api automatik yang boleh

menembak antara 400 hingga 1600 pusingan peluru

seminit. Saiz laras mesingan berbeza-beza, iaitu

antara 22 kaliber (5.5 milimeter) hingga 30 milimeter.

Peluru dimasukkan ke dalamnya melalui sabuk) kain

atau logam, atau pemegang patrum yang dikenali

sebagai magazin. Mesingan perlu disejukkan

dengan air atau udara kerana tembakan pelurunya

terlalu laju. Mesingan juga tergolong sebagai

senjata berat dan biasanya mempunyai penahan.

UMUM 
SERBUK LETUPAN

Serbuk letupan ialah bahan ledakan yang

terbakar dengan cepat untuk membentuk gas

bertekanan tinggi. Pengembangan gas ini di dalam

laras senapang boleh memecutkan sebutir peluru

pada kelajuan yang amat tinggi. Oleh itu, serbuk

letupan digunakan sebagai bahan pendorong

( propelan ) dalam pelbagai jenis peluru. Serbuk

letupan juga digunakan dalam bahan ledakan yang

dicipta untuk operasi letupan, bunga api, dan juga

fius.

UMUM 
MORTAR

Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang

digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang

terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar

menembak peluru pada lengkungan yang luas

dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia

mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras

yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih

rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar

adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai

kuasa tembakan yang tinggi.

UMUM 
TAKAL

Takal ialah sejenis roda yang dipasangkan dengan

tali atau tali sawat bertujuan untuk memindahkan

tenaga dan melakukan kerja. Takal yang

dipasangkan dengan tali mempunyai rim beralur,

manakala takal untuk tali sawat pula, rimnya

berbentuk laras, dan tali tersebut dipasangkan di bahagian paling atas rim.

UMUM 
SENJATA API GATLING

Senjata api Gatling merupakan mesingan

tembakan laju praktikal yang pertama dicipta. Ia

dicipta oleh Richard Jordan Gatling (1818–1903)

seorang pencipta Amerika Syarikat dalam bidang

peralatan pertanian. Gatling memperoleh paten

senjata api ini pada tahun 1862 bagi kegunaan

semasa Perang Saudara Amerika (1861–1865). Ia

mengandungi sepuluh laras yang berputar

dengan pantas di sekeliling aci pusat dengan

menggunakan engkol kendalian tangan. Setiap

lawas dapat diisi melalui graviti, tembakan dan

berputar untuk memberi laluan kepada laras

berikutnya. Model senjata api yang diperbaik

menjadi peralatan piawai bagi Tentera dan

Tentera Laut Amerika Syarikat semasa Perang

Sepanyol-Amerika pada tahun 1898. Senjata api

Gatling moden adalah peralatan piawai dalam

angkatan tentera banyak negara. Lihat Mesingan.

UMUM 
NEKA BAHASA

NEKA BAHASA , jenis penggunaan bahasa menurut taraf. Neka bahasa ialah jenis gaya dalam penggunaan bahasa dalam keadaan khas menurut taraf penutur dan pendengar yang terlibat. Neka bahasa serupa dengan laras sosial. Di samping itu laras bidang dikhususkan kepada penggunaan bahasa baku dalam bidang seperti ilmu, undang-undang dan sastera klasik. Tiap-tiap penutur bahasa Melayu menguasai semua atau kebanyakan neka bahasa Melayu. Mereka tahun memilih neka yang sesuai dalam keadaan yang berbeza.

BAHASABahasa
12

Kembali ke atas