Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ras] | لارس

Definisi : 1. nada (muzik, nyanyian, dll), tala; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan peng­gunaannya (mis sbg bahasa klasik, bahasa istana, bahasa sains, dll), ragam bahasa; 2. = keselarasan, kelarasan; selaras sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; menyelaraskan memadankan, mencocokkan, menyamakan, menyesuaikan: pd masa ini, beberapa percubaan dilakukan utk ~ demokrasi dan sosialisme; keselarasan, kelarasan perihal sama (sesuai, setimbal, dll), kepadanan, kesamaan, kesesuaian: ~ idea antara pereka tarian dan pereka pakaian perlu wujud; kelarasan antara kata dan hal yg diceritakan terdapat pd syair itu; ketidakselarasan keadaan tidak selaras; penyelarasan perihal (tindakan, kerja) menyelaraskan, penyesuaian: ~ kerja; penyelaras orang yg kerjanya (ditugaskan utk) menyelaraskan sesuatu (spt rancangan, projek, dsb), koordinator; melaraskan 1. menyamakan (nada, tala, dll); 2. menyesuaikan, memadankan: salah satu drpd tugas buah pinggang ialah ~ kepekatan atau banyaknya garam dlm darah; terlaras sudah dilaraskan: sistem pengiraan cukai yg ~; pelarasan perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; pelaras 1. alat utk melaraskan (memadan­kan, menyesuaikan): skru ~; suis ~; 2. (Eko) orang yg menaksir, menyelaraskan dan menentukan tahap liabiliti sesebuah syarikat insurans terhadap sesuatu kerosakan (kerugian) apabila tuntutan diterima. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1. bulat lurus atau bulat panjang: buluh yg ~; 2. bahagian senjata api spt pistol, senapang dan meriam, yg berbentuk spt paip (pembuluh) tempat laluan keluar peluru apabila senjata api itu ditembak: di belakangnya tersandang sepucuk senapang ~ dua; 3. penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga ~ senapang patah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : Mn 1. daerah di Minangkabau (pd zaman Belanda); tuanku ~ pegawai daerah; 2. cara pemerintahan yg mengikut adat: ~ Bodi Chaniaga cara pemerintahan yg ber­dasarkan demokrasi; ~ Kota Piliang cara pemerintahan yg berdasarkan aristokrasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1 bunyi yg tentu tinggi rendahnya dlm muzik, nyanyian dll; nada; tala. 2 kesesuaian; kesamaan. melaraskan 1 menyamakan laras atau nada; menyetalakan. 2 menyamakan; menyesuaikan; memadankan: Kita hendaklah bijak ~ cara hidup dgn pendapatan yg diterima. pelarasan perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. pelaras alat utk melaraskan (memadankan, menyesuaikan): skru ~. selaras 1 sama nadanya; setala. 2 sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. menyelaraskan menjadikan selaras; menyesuaikan: Langkah-langkah sedang diambil utk ~ kegiatan pembangunan pd peringkat negeri dan pd peringkat pusat. penyelarasan perbuatan atau hal menyelaraskan; penyesuaian: ~ buku-buku teks dgn sukatan pelajaran itu sudah selesai. penyelaras orang atau badan yg tugasnya menyelaraskan sesuatu (projek, rancangan dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.ras] | لارس

Definisi : 1 bulat lurus (spt batang pohon): dahan yg ~. 2 pembuluh senapang: senapang ~ dua. 3 penjodoh bilangan utk senapang; pucuk: Polis telah menjumpai empat ~ senapang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Laras bahasa dalam wacana kesusasteraanTiadaBerita Harian28.08.1995
Laras bahasa kesusasteraanTiadaBerita Harian04.09.1995
Laras bahasa sastera: apakah kelebihannyaPak MatlobUtusan Melayu21.02.1989
Laras dan gaya tulis ensiklopediaSulaiman MasriUtusan Malaysia14.02.1995
Laras bahasa sasteraMarzukhi Nyak AbdullahBerita Harian28.09.1992
Laras bahasa sasteraMarzukhi Nyak AbdullahBerita Harian10.09.1992
Laras bahasaNik Safiah KarimBerita Harian03.07.2000
Laras bahasa kendali mesyuaratBambang S.M SaidHarian Metro09.08.2004
Penggunaan laras bahasa dalam laporan berita F1Nik Safiah KarimBerita Harian25.03.2002
Beberapa laras bahasa Melayu modenTiadaSabah Times12.01.1989
12

Kembali ke atas