Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.rat] | لارت

Definisi : 1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : terdaya, mampu (utk melakukan sesuatu pekerjaan); tak ~ tidak terdaya, tidak mampu: tak ~ hendak luluskan tali kerana sakit tangan; terlarat berupaya, terdaya: takkan ~ engkau hendak jadi pencuci kain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok renek yg memanjat), Melodorum spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.rat] | لارت

Definisi : 1 makin atau kian bertambah (ttg keadaan sesuatu spt luas, lama, panjang); larut; lanjut: Sakit ayahnya bertambah ~. 2 ki tidak menentu (ttg fikiran, kedudukan dsb); berubah-ubah; berkecamuk: sauhnya ~ sauhnya tidak dpt berkait pd dasar laut; orang ~ orang yg selalu mengembara. ~ fikiran a. berkecamuk fikirannya. b. berasa amat sedih. ~ hati sedih hati; lara. berlarat-larat terus-menerus (ttg sesuatu kejadian, keadaan dsb); berlarut-larut; berlanjut-lanjut: Mesyuarat tsb telah berlangsung ~ dr pagi hingga malam. melarat menjadi kian bertambah (besar, lama, panjang dsb); merebak; meluas: Aku berharap agar penyakitnya itu tidak akan ~. memperlarat menjadikan berlarat-larat; memperlama. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rat] | لارت

Definisi : ; melarat 1 rugi; kerugian: manfaat dan ~ untung dan rugi. 2 miskin; sengsara: hidup ~. kemelaratan keadaan melarat; kemiskinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[la.rat] | لارت

Definisi : berupaya; mampu: ~kah kamu memikul guni yg berisi beras itu? tak ~ tidak berupaya; tidak mampu. terlarat terdaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larat
Kata Terbitan : berlarat-larat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
awan laratawan laratKesenianTiadaReka corak ukiran berunsur tumbuhan yang mempunyai peraturan-peraturan dan falsafah khusus yang bentuknya berangkai, bermula dari satu tempat dan berkembang hingga memenuhi ruang seperti awan larat jawa, awan larat boyan, awan selimpat, awan telipuk dan lain-lain. bahan akar
awan larat khayalanawan larat khayalanKesenianTiadaAwan larat yang diukir tanpa mengikut ciri khas tumbuhan sebenar.
awan larat jawaawan larat jawaKesenianTiadaMotif ukiran berunsur kosmos berbentuk awan yang bergulung-gulung.
awan larat boyanawan larat boyanKesenianTiadaMotif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk sulur.
awan larat beribuawan larat beribuKesenianTiadaMotif-motif yang menjadi ukiran yang bermula dari satu motif yang dipanggil ibu dan berkembang menjadi motif anak, umumnya motif anak lebih kecil dari motif ibu. Ukir berpunca.
awan larat sorok puncaawan larat sorok puncaKesenianTiadaAwan larat yang tersembunyi puncanya oleh motif-motif lain yang memenuhi ruang ukiran. Falsafahnya walaupun setiap kejadian ada permulaan tetapi tidak semua yang diketahui oleh manusia namun tetap diyakini kewujudan permulaannya.
bahan akar (Baj., Sam.)bahan akar (Baj., Sam.)KesenianTiadaReka corak ukiran berunsur tumbuhan yang mempunyai peraturan-peraturan dan falsafah khusus yang bentuknya berangkai, bermula dari satu tempat dan berkembang hingga memenuhi ruang seperti awan larat jawa, awan larat boyan dan lain-lain.
motif tumbuhanmotif tumbuhanKesenianTiadaCorak awan larat yang berasaskan tumbuh-tumbuhan menjalar.
ukiran selipatukiran selipatKesenianTiadaCorak awan larat yang bahagian sebelah kiri dan kanan atau bahagian atas dan bawah adalah sama dengan dipisahkan oleh satu motif lain seperti bunga, buah, pasu dan sebagainya.
corner pieceteraan sudutPerpustakaanTiadaSejenis hiasan arabes, awan larat atau logam yang terdapat pada bahagian sudut buku berjilid untuk memadankan dan menyesuaikannya dengan teraan di bahagian tengah atau dengan hiasan lain.
123

Kembali ke atas